fbpx

Tahniah Lt Lohappriya! Wanita India Malaysia Pertama Bergelar Juruterbang TUDM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/PortalTUDM/posts/3441136725973949?xts%5B0%5D=68.ARDKYdwNZZ5vYCdqZeQibCvRKcJbnd997MLoVgEFaXzbfFG6JfPYGebJ2shl-mLIh3u-t2GqxnhoN_Ku17hfavH_XK50yIBk2xka-FYBwrasb8CcFEbujBBwutHWkLkBm5TwEVIaoKZqxWsA5Pl0-HNV1i4A6BE5uB0rQGCfNYxF4LdASATTWKDROyxIWnoEE7IWCvcrjmc_DgvQ1byxVIvlROsT0j1uICbmGh0ne3MMK1KuI5k9dBytKAJuG11svWhn_zY2dcUEW9eNY4UJfNAqAUq4L_vMlqLUk_M1npt65xG6iA451ILe51jwFuONU2T3vQNIqEZzS9hipzua_W9Vvw&tn=-R

Peranan wanita di zaman ini dilihat begitu penting dalam masyarakat, jika dahulu mereka lebih diletakkan sebagai pilihan kedua bagi sesuatu posisi atau perkara penting namun kini tidak lagi. Ini kerana mereka mampu berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki

Bukan sahaja dari sudut ekonomi dan kekeluargaan malah wanita kini mampu melakukan apa sahaja tugasan yang dahulunya hanya diisi oleh lelaki antaranya bergelar juruterbang pesawat.

Menerusi Facebook TUDM, semalam telah berlangsung satu Majlis Penyampaian Sayap Penerbangan Bagi Kursus Asas Penerbangan Siri 81/18 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 60/18.

Yang menariknya dari semua penerima sayap penerbangan, beberapa orang darinya merupakan anggota wanita TUDM antaranya Lt Lohappriya Manisegaran

Bukan sahaja membanggakan kaum wanita malahan lebih menariknya apabila dikhabarkan, Lt Lohappriya adalah wanita berbangsa India pertama yang bergelar juruterbang TUDM.

Perkara tersebut dikongsikan seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Parthiban Al Muniandy

Majlis penyampaian Sayap Penerbangan Lt Lohappriya dan pelatih lainnya telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad di  Dewan Aeroangkasa, Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas, Alor Setar.

Laman Facebook TUDM turut berkongsi foto-foto dan majlis sewaktu majlis tersebut dijalankan.

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengambil kesempatan mengupkan tahniah kepada juruterbang wanita berbangsa India pertama negara itu yang mana menurut mereka pastinya akan memberikan inspirasi kepada semua wanita diluar sana.

Tahniah Lt Lohappriya dan rakan-rakan!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.