fbpx

Kongsi Momen Terakhir Bersama Nur Surya, Video Teman Lelaki Undang Sebak Netizen [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seluruh negara baru-baru ini dikejutkan dengan pembunuhan kejam seorang gadis berusia 19 tahun, Siti Nur Surya dirumah sendiri di Hulu Terengganu.

Lebih mengejutkan apabila mangsa disyaki dibunuh oleh rakannya sendiri yang kini sudahpun di tahan reman bagi memudahkan siasatan.

Pemergian Nur Surya yang selama ini bertanggungjawab menjaga ibunya pastinya menjadi satu kehilangan besar buat keluarga, ibu ayahnya malah teman lelakinya

Terbaru teman lelakinya Muhammad Haiqal Adnan menjadi perhatian ramai apabila dia berkongsi satu klip video iaitu momen-momen terakhir dirinya bersama arwah.

Video yang memperlihatkan saat-saat manis arwah Surya bersama ibunya dan juga Haiqal nyata mengundang sebak netizen apatah lagi ianya turut diiringi lagu Kelmarin nyanyian kumpulan Seventeen sebagai muzik latar.

Malah video tersebut video turut menunjukkan screenshot Direct Message (DM) Instagram perbualan antara Haiqal dan seseorang yang memaklumkan Surya sudah tiada dan rumahnya dirompak

Namun yang paling meruntun jiwa orang ramai adalah momen Surya sedang melayan dan menyuap makan kepada ibunya yang terlantar sakit apbila dari kanser otak tahap tiga.

Menerusi perkongsian sama, Haikal turut berharap si pelaku akan dikenakan hukuman setimpal.

Video berkenaan nyata mengundang sebak netizen dan sesiapa sahaja yang menontonnya.

Dijengah ke ruangan komen,rata rata menyifatkan arwah memang seorang yang baik, bukan sahaja tidak lekang dengan telekung, malah dia yang kaya dengan senyuman begitu bersungguh-sungguh menjaga ibu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.