fbpx
Now Reading
Risau Dengan Nasib Saudara Kita Di Sabah, Ebit Lew Terbangkan 10 Tan Barang Makanan Ke Sana

Risau Dengan Nasib Saudara Kita Di Sabah, Ebit Lew Terbangkan 10 Tan Barang Makanan Ke Sana

Inisiatif ini difahamkan adalah usahasama antara Ustaz Ebit & My Jet Express

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sikap pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang pemurah, dan sentiasa prihatin dan ambil tahu tentang sesiapa sahaja yang dalam kesusahan memang diakui semua pihak.

Malah segala usaha yang dilakukan beliau begitu dihargai segenap lapisan masyarakat

Jika sebelum ini beliau telah menghantar alatan medikal untuk petugas kesihatan kita yang sedang ‘bertarung’ di Sabah terbaharu, Ustaz Ebit sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau menghantar 10 tan barang makanan asas ke sana bagi membantu rakyat Sabah yang memerlukan.

Difahamkan Ustaz Ebit kali ini bekerjasama dengan syarikat kargo My Jet Express untuk menghantar barang-barang makanan tersebut yang di bawanya terus dari gudang penyimpanan pasaraya beliau iaitu Elewsmart .

“Risau ramai mengadu lapar yang memerlukan bantuan makanan asas. Saya bekerjasama dengan My Jet Express menghantar bekalan keperluan asas ke Sabah untuk diagihkan.

“Sayu malam-malam bila baca tentang sebahagian orang Sabah. Ramai sangat mesej saya. Baca berita rasa sedih.

Terbang dari Senai Ke Kota Kinabalu

“3biji lori Elewsmart dari warehouse elewsmart malam tadi terus ke Airport Senai. My Jet Express akan fly dari Senai ke Kota Kinabalu membawa 10 tan barang makanan asas.

“Syukur dapat bekerjasama dengan My Jet Express. Terharu layanan baik sangat Chairman My Jett Tuan Hj Mohamed Yunos dan Ceo Hj Azrol Hisham.

Beliau dalam masa sama turut meminta orang ramai untuk mendoakan buat rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Doakan Sabah yer. Doakan seluruh Malaysia. Doakan seluruh dunia. Jangan ada satu orang pun lapar dan tiada makan minum. Ini ujian untuk kita semua

– Ustaz Ebit Lew

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.