fbpx

Gara-Gara Mahu Rawat Luka, Tuan Kucing Tak Sangka Tukarkan Si Comel Jadi Pikachu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kunyit mampu menyembuhkan luka dan merawat jangkitan kuman selain ia juga selamat digunakan kepada manusia termasuklah haiwan sekalipun.

Tetapi, suatu insiden lucu berlaku kepada seekor kucing di Thailand apabila tuannya dikatakan menggunakan serbuk kunyit dan disapukan pada badan kucingnya yang mengalami luka itu.

Kredit: 7News

Gara-gara disapukan keseluruhan badannya menyebabkan warna kucing yang asalnya berwarna putih bertukar menjadi warna kekuningan.

Hal ini menyebabkan kucing tersebut menjadi tular di media sosial Thailand kerana warnanya yang seakan Pikachu dalam Siri Pokemon itu.

Kredit: Mothership

Sementara itu, pemilik kucing berkenaan mengatakan luka kucingnya itu sudah pun beransur pulih dan warnanya juga dikatakan telah kembali kepada warna asalnya.

Dek kerana mahu merawat kucingnya yang mengalami luka pada badannya itu menyebabkan kucing tersebut menjadi Pikachu di kehidupan realiti. Hati-hati takut dia keluarkan petir pulak nanti!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.