Netizen Hentam Pembeli Dakwa Ditipu Lepas Beli Iphone Baru Berharga RM 23

Dengar tajuk pasti dah tergelakkan? Samalah dengan kami. Ketika ini di media sosial heboh mengenai kisah beberapa orang pembeli barangan online yang mendakwa mereka ditipu selepas membeli iphone dengan harga RM23.
Luahan tersebut dikeluarkan mereka pada ruangan review milik seorang penjual iphone ‘dummy’ di sebuah laman edagang sebaik barangan yang dibeli mereka diterima.

Seorang pengguna Twitter kemudian berkongsi perkara berkenaan di akaun miliknya sebelum ianya menjadi tular.
“Seb*d*h aku, rupanya ada yang lagi b*d*h kat luar sana”
sebodoh bodoh aku, rupanya ada yang lagi bodoh kat luar sana pic.twitter.com/RrLA7X01ZZ
— jib (@muhdnajib103) November 21, 2020
Jelas menerusi perkongsian tersebut, si penjual sudah pun menulis perkataan ‘Dummy’ dan juga ‘Not Real’ kepada pelanggannya. Namun tidak diketahui apa yang menyebabkan mereka terlepas pandang sehingga mendakwa sedemikian rupa.
“Penipu phone cantik tapi tak boleh on, buat bazir duit aku sahaja” dakwa seorang pembeli.
“Phone tipu minta semua pembeli jangan beli” tulis seorang lagi pembeli pada ruangan review.
“Mungkin tak tahu maksud dummy”
Netizen yang tidak menunggu lama kemudiannya terus menghentam para pembeli tersebut. Jelas mereka telah terang lagi bersuluh si penjual sudahpun menjelaskannya pada deskripsi produk tersebut.
Malah ada yang turut merasakan si pembeli tidak mengetahui maksud dummy seterusnya berkongsi maksud berkenaan.
maksud dummy kalau sape2 tak tahu huhu pic.twitter.com/oCgBtq3ZAx
— Sneakers Rich🇲🇾 (@SneakersRich_DS) November 21, 2020
“Mana ada iphone harga RM 23”
Bukan itu sahaja, ramai yang turut memerli para pembeli berkenaan yang seolah sehinggakan tidak tahu harga membezakan harga sebenar peranti berkenaan yang begitu mahal hingga mencecah RM 8000 tapi boleh dijual dengan harga RM23.
Segelintir mereka kemudian turut meluahkan rasa kasihan pada penjual berkenaan kerana tindakan si pembeli hanya akan merosakkan reputasinya sebagai seorang penjual
Terang2 dh tulis dummy kt situ, not real, kesian plak kt seller tu x pasal2 dpt rating 1 bintang jer. Org lain yg bodoh org lain yg kena kesannya.
— DragonFly🕊 (@loneranger01) November 21, 2020
Pesan kami satu sahaja, jika terdapat baranangan yang terlalu ‘ too good to be true’ eloklah disemak pada deskripsi dan infonya. Jangan salah kan penjual sedangkan kesilapan di tangan anda sendiri!