fbpx
Now Reading
Ini K-Drama Terbaru Yang Bakal Ditayangkan Pada Bulan Disember Ini

Ini K-Drama Terbaru Yang Bakal Ditayangkan Pada Bulan Disember Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di musim PKPB ini mesti ramai yang dah bosan dengan drama atau filem yang sama saja kan? Jadi, dari korang habiskan masa dengan tonton benda yang sama tu, kami ada berita baik untuk bagi tahu korang semua!

Tak lama lagi terdapat 8 k-drama yang terbaru bakal ditayangkan di kaca televisyen sepanjang Disember ini tau! Mesti korang tak sabar kan nak tahu kan?

Haa…jom kita sama-sama tengok senarai yang bakal kami kongsikan buat anda semua, terutamanya peminat K-drama.

#1 IF YOU CHEAT, YOU DIE / CHEAT ON ME, IF YOU CAN

Kredit: Facebook/ Kakimuvee
  • Kang Yeo Joo ( Jo Ye Jeong) merupakan seorang penulis novel jenayah terkenal yang berurusan dengan kes-kes pembunuhan kejam.
  • Dia terus menerus sering berfikir tentang bagaimana membunuh orang untuk cerita novelnya itu.
  • Kang Yeo Joo bernikah dengan Han Woo Sung (Goo Joon) seorang peguam yang mengendalikan isu-isu penceraian.
  • Dia menulis memo kepada isterinya yang menyatakan bahawa “Jika saya curang, saya mati”.
  • Bakal ditayangkan pada 2 Disember 2020.

#2 TRUE BEAUTY

Kredit: Facebook/ Kakimuvee
  • Cerita ini diadaptasi daripada siri webtoon popular, drama ini mengisahkan tentang seorang pelajar, Lim Ju Gyeong ( Moon Ha Young) yang tidak mempunyai keyakinan terhadap kecantikan wajah aslinya dan sentiasa bersolek.
  • Dia yang kemudiannya bertemu dengan sorang pelajar yang mempunyai sejarah silam yang disembunyikan.
  • Bakal ditayangkan pada 9 Disember 2020.

#3 HUSH

Kredit: Facebook/ Kakimuvee
  • Drama ini tampil berbeza dengan k-drama yang lain. Ia menceritakan tentang profesion seorang wartawan yang sudah hilang semangat terhadap pekerjaannya.
  • Han Jun Hyeok (Hwang Jung Min) bertemu dengan seorang praktikal yang berani dan tidak takut untuk mengatakan apa sahaja yang dia mahu.
  • Apabila dia bertemu dengan Han Jun Hyeok sebagai mentornya, dia mula mengimpikan untuk menjadi wartawan yang ada prinsip.
  • Bakal ditayangkan pada 11 Disember 2020

#4 MR. QUEEN/ NO TOUCH PRINCESS

Kredit: Facebook/ Kakimuvee
  • Menampilkan 2 bintang berbakat iaitu Shin Hye Sun dan Kim Jung Hyun.
  • Drama ini menceritakan tentang seorang lelaki dari zaman moden yang mana jiwanya terperangkap dalam badan permaisuri dari dinasti Joseon.
  • Bakal ditayangkan pada 12 Disember 2020.

#5 RUN ON

Kredit: Facebook/ Kakimuvee
  • Drama romantis ini menampilkan 2 pasangan yang dibintangi oleh Siwan, Shin Sw Kyung, Sooyoung SNSD dan Kang Tae Oh.
  • Ki Sun Gyeom pernah menjadi pelari pecut kebangsaan. Kerana satu insiden, dia dikatakan bersara dari arena sukan dan bekerja sebagai agen sukan.
  • Oh Mi Joo merupakan penulis sari kata untuk filem, mereka ditakdirkan bertemu dan tiba-tiba jatuh cinta.
  • Bakal ditayangkan pada 16 Disember 2020.

#6 ROYAL SECRET AGENT

Kredit: Facebook/ Kakimuvee
  • Selain Mr. Queen, drama ini juga menampilkan genre sejarah yang berkisar tentang seorang pegawai penyiasatan rahsia kerajaan yang menyamar untuk merungkai skandal rasuah, menegakkan keadilan dan menyelesaikan masalah penduduk.
  • Bakal ditayangkan pada 21 Disember 2020.

#7 SWEET HOME

Kredit: Facebook/ Kakimuvee
  • Drama ini mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah yang terpaksa meninggalkan rumahnya selepas tragedi menimpa keluarganya.
  • Hanya untuk menghadapi sesuatu yang lebih menakutkan, di mana raksasa berusaha menghapuskan umat manusia.
  • Kini dia mesti berjuang bersama segelintir manusia untuk mencuba dan menyelamatkan dunia sebelum terlambat.
  • Bakal ditayangkan pada 18 Disember 2020.

#8 CITY COUPLE’S WAY OF LOVE: MY LOVELY CAMERA THIEF (NETFLIX)

Kredit: Facebook/ Kakimuvee
  • Drama ini mengisahkan tentang seorang arkitek yang bersemangat dan jujur. Namun, ketika dia berjalan di sebuah bandar sambil menikmati pemandangan dengan mengambil gambar menggunakan kameranya itu, kebetulan berjumpa dengan seorang wanita yang telah mencuri hatinya. Tapi tiba-tiba wanita tersebut menghilang kan diri.
  • Bakal ditayangkan pada 8 Disember 2020.

Ini antara 8 k-drama yang bakal ditayangkan pada bulan Disember ini. Save the date! Kalau tak mahu ketinggalan episod pertama cerita favourite korang tu nanti. Selamat menonton!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.