fbpx
Now Reading
Pemuda Ambil Gambar Macam Majlis Graduasi Bersama Abang J&T

Pemuda Ambil Gambar Macam Majlis Graduasi Bersama Abang J&T

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akibat penularan pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh pelusuk negara mahupun dunia, kebanyakan institusi pengajian tinggi (IPT) baik awam ataupun swasta telah bersetuju untuk tidak melakukan sebarang majlis atau istiadat konvokesyen pada tahun ini.

Semua ini bagi bagi mengelakkan penularan jangkitan virus tersebut memandangkan acara sebegini pastinya akan melibatkan ramai orang.

Sehubungan itu, sesetengah IPT di Malaysia telah mengambil inisiatif lain iaitu dengan menggunakan perkhidmatan pos untuk menghantar sijil-sijil para graduan ke rumah masing-masing.

Foto sekadar hiasan. Kredit: pendidikan4all

Pengalaman itu turut dirasai oleh Muhammad Iskandar Zulkarnain bin Shamsul yang merupakan graduan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Dia kemudian memuat naik beberapa foto memperlihatkan dirinya sedang mengambil sijil tersebut dari petugas penghantar J&T di laman Twitternya.

Foto tersebut menarik perhatian netizen dimana pose yang dilakukan Iskandar petugas J&T seolah mereka berdua sedang didalam upacara konvokesyen.

Netizen yang terhibur dengan foto kemudian turut dilihat mengucapkan tahniah kepada Iskandar yang kini bergelar pemegang Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Kelas Pertama.

Kredit: Twitter/@iskyzul
Kredit: Twitter/@iskyzul

Bahkan, mereka juga turut terhibur setelah melihat foto yang dikongsikannya itu seperti ‘majlis konvokesyen’ biarpun hanya dilakukan di depan rumahnya sahaja bersama abang J&T tersebut.

Bagaimanapn, perkongsian tersebut telahpun mendapat sebanyak 10k tanda suka di laman Twitternya, manakala sebanyak 1,337 retweet. Apa-apa pun tahniah buat Muhammad Iskandar Zulkarnain kerana telah menamatkan pengajian ijazahnya dengan cemerlang sekali!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.