fbpx
Now Reading
Netizen Kagum Lihat Si Anak ‘Flashback’ Gaya Ayah Berfoto Sekitar Tahun 1970 [Video]

Netizen Kagum Lihat Si Anak ‘Flashback’ Gaya Ayah Berfoto Sekitar Tahun 1970 [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan orang yang menggunakan aplikasi TikTok mesti dah tahu video trending di aplikasi tersebut kan? Salah satu video yang paling famous di TikTok ialah video meniru gaya fesyen orang pada zaman dahulu betul tak?

Bahkan sudah ramai yang membuat video tersebut dan kelihatan seperti berada di zaman dahulukala. Hebat kan!

Sama juga seperti lelaki ini apabila videonya yang berpakaian seperti zaman dahulu dan meniru gaya ayahnya berfoto itu tiba-tiba tular di media sosial sehingga mendapat perhatian ramai.

Hazriq Haris yang memuat naik video tersebut dikatakan telah mendapat tontonan lebih 187.6k di akaun TikToknya, manakala 15.1k yang menekan tanda suka.

@hazriqharis00

Shhh jangan sampai ayah saya tau😆 2020 vs 1970s

♬ Indahnya Bayang Dirimu – Natsite

Video tersebut memaparkan foto lama sekitar tahun 1970-an ketika zaman muda ayahnya itu yang tampak seakan masih bujang pada waktu itu.

Hazriq yang meniru gaya bapanya dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki turut melakukan pose bapanya kira-kira 30 tahun yang lalu.

Rata-rata ramai yang memuji usaha keras si anak ini dalam menghasilkan video kreatif sebegitu, malah ada juga yang mengatakan muka ayahnya seiras dengan pelakon S. Shamsuddin. Siapa yang suka tengok cerita P. Ramlee pasti kenal dia!

Kredit: TikTok/ @hazriqharis00
Kredit: TikTok/ @hazriqharis00

Apa-apa pun kami ucapkan tahniah buat Hazriq sebab hasilkan video kreatif seperti itu, mana tahu lepas ini boleh join competition video kreatif pula kan?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.