fbpx
Now Reading
Patut Cari Barang Susah Jumpa, Suami Terkejut Selepas Geledah Beg Tangan Isteri [Video]

Patut Cari Barang Susah Jumpa, Suami Terkejut Selepas Geledah Beg Tangan Isteri [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain aksesori lain, beg tangan juga merupakan salah satu perhiasan wajib bagi setiap wanita kerana tanpanya tidak lengkaplah gaya seseorang itu ketika berada di luar.

Bahkan beg tangan bukanlah sekadar satu keperluan, tetapi ianya akan menyerlahkan kecantikan dan keanggunan wanita tersebut. Sebab itu, wanita dengan beg tangan tidak dapat dipisahkan.

Tapi lain pula dengan kakak kita ini apabila baru-baru ini tular di media sosial iaitu video reaksi suaminya yang ingin melihat isi dalam beg tangannya itu.

Kredit: TikTok/ @melroses_

Dia yang memuat naik video tersebut di aplikasi TikToknya tergamam setelah melihat isi barang yang terdapat di dalam begnya itu selepas dikeluarkan.

Tambahan pula, selain barangan peribadi, ternyata beg tangan milik wanita ini dipenuhi dengan resit-resit dan juga kertas pembelian yang disimpan olehnya satu persatu. Malah, wanita ini juga turut menyimpan balang makanan chocojar di dalam beg tersebut. Mungkin sebab tak nak kelaparan, itu yang dia letak dalam beg.

@melroses_

Igtkan bahu berat sebab galas duit, rupanya ……..

♬ original sound – bb.liyaa – bb.liyaa

Rata-rata ramai warganet yang memberikan reaksi mereka di ruang komen setelah melihat video berkenaan dan ada juga yang mengatakan bahawa mereka memiliki perangai yang sama seperti wanita terbabit.

Dalam pada masa yang sama, video tersebut meraih jumlah tontonan sebanyak 215.0k di aplikasi TikToknya, manakala sebanyak 5,288 yang menekan butang tanda suka di video tersebut.

Kredit: TikTok/ @melroses_
Kredit: TikTok/ @melroses_

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.