fbpx
Now Reading
Lucu Habis! Terkantoi Beli Basikal RM45K Tak Bagitahu Isteri, Netizen Usaha Keras ‘Backup’ Si Suami

Lucu Habis! Terkantoi Beli Basikal RM45K Tak Bagitahu Isteri, Netizen Usaha Keras ‘Backup’ Si Suami

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Ramai pasti bersetuju kalau kami katakan aktiviti berbasikal di jalan raya kini menjadi satu trend baharu masyarakat Malaysia. Baik dari rakyat biasa, golongan selebriti malahan ahli politik juga turut tidak terkecuali meminati sukan ini.

Namun tidak semua orang tahu sukan ini boleh memakan belanja yang begitu besar lagi-lagi dalam mendapatkan basikal dari jenis yang bermutu tinggi.

Sama seperti seorang wanita ini yang terkejut selepas baru mengetahui basikal yang dimiliki suaminya berharga hampir RM45 ribu ringgit.

Dia hanya menyedari perkara berkenaan selepas tular harga basikal milik Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, YB Khairy Jamaluddin yang berharga lebih RM45 ribu iyang kebetulan sama dengan basikal milik suaminya.

“Suami tak cakap pun harga RM45k ++”

Jelas pengguna Twitter itu, suaminya sebelum ini tidak pernah memberitahu harga sebenar basikalnya . Dia difahamkan hanya mengetahui perkara tersebut selepas membaca satu tweet yang dikongsikan laman BorneoGhost Online yang melaporkan syarikat basikal premium dari UK Pinarello menawarkan gantian baru bagi basikal berkenaa.

Ciapan berkenaan kemudia mula tular di laman Twitter khususnya di kalangan peminat sukan basikal.

Yang menariknya rata-rata mereka dilihat sedaya upaya melindungi suami wanita berkenaan yang dilihat sudah terkantoi membeli basikal semahal itu.

Beli PS5 dapat free gift basikal Pinarelloa

Basikal ni saya punya

Saya rasa ni klon

Minta maaf salah letak harga

Malah laman Borneo Ghost sendiri dilihat secara berseloroh mengatakan harga basikal tersebut yang sebenar adalah lebih murah berbanding apa yang dilaporkan mereka sebelum ini.

Melihatkan ‘usaha’ orang ramai untuk membantu lelakinya, wanita berkenaan kemudia memuat naik satu lagi status meminta orang ramai untuk berhenti dari melindungi suaminya.

Malah dia secara berseloroh mengatakan sejak tweet tersebut tiada yang tercedera dipecayai merujuk kepada suaminya, sesiapa yang tercedera.basikal tersebut juga masih lagi dalam kondisi baik-baik sahaja.

Ahli kelab lelaki mithali boleh bersurai

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.