fbpx
Now Reading
Kelibat ‘Dumper Truck’ Di Kawasan Banjir Buat Netizen Teruja, Ramai Berdoa Agar Aktiviti Membantu Dimudahkan

Kelibat ‘Dumper Truck’ Di Kawasan Banjir Buat Netizen Teruja, Ramai Berdoa Agar Aktiviti Membantu Dimudahkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !

Keadaan banjir di beberapa negeri khusunya Pahang begitu membimbangkan ketika ini.

Dengan jumlah mangsa banjir di negeri itu yang sudah melebihi 10,000 orang, orang ramai menjadi lebih bimbang selepas ramalan cuaca menjangkakan hujan lebat akan berterusan sehingga pagi ini.

Situasi ini pasti akan lebih menyukarkan usaha membantu dan menyelamat terutamanya buat mereka yang terjejas teruk dan memerlukan tempat berteduh.

Namun maklumat dari Grup Facebook Berita LIPIS yang memaklumkan ketibaan beberapa jentera berat jenis Dumper Truck dari Lombong Emas Penjom (Empang Jaleh) untuk membantu mangsa banjir dipercayai di daerah Lipis membuatkan penduduk disana mula menarik nafas lega.

Ini kerana saiznya yang tinggi serta besar membuatkan orang ramai yakin yang ia mampu meredah banjir sekaligus membantu memudahkan usaha membantu dan menyelamatkan orang kampung yang terperangkap dan memerlukan bantuan.

Dalam masa sama perkongsian dari laman Galeri Lori Bas turut mencuri tumpuan netizen apabila mereka berkongsi video Dumper Truck tersebut dlihat sedang menelusuri jalan yang ditenggalami air.

Dilihat ke ruangan komen, rata-rata netizen kemudian menzahirkan rasa terima kasih di atas bantuan yang diberikan syarikat berkenaan dalam masa menitipkan doa agar operasi membantu mereka dipermudahkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.