fbpx
Now Reading
Bantu Ibu Yang Ditahan Curi Ubat & Makanan Untuk Anak Demam, Ketua Polis Daerah PJ Raih Pujian Ramai

Bantu Ibu Yang Ditahan Curi Ubat & Makanan Untuk Anak Demam, Ketua Polis Daerah PJ Raih Pujian Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Terkesan dengan kesusahan seorang ibu yang ditangkap kerana mencuri di sebuah pasaraya kerana anak yang demam semalam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal hari ini tampil mengunjungi dan membantu wanita tersebut.

Jelas Nik Ezanee, beliau pada hari rabu ada menerima laporan mengenai seorang wanita yang ditahan pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Petaling Jaya.

Namun hasil siasatan mendapat dia mencuri barangan keperluan dan ubat-ubatan kerana anaknya sakit.

“Saya berasa terpanggil untuk berjumpa dengan suri rumah ini yang tinggal di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Petaling Jaya.

“Saya percaya dia ada masalah, kalau tidak dia tidak akan buat perkara-perkara tersebut.

“Kalau kita lapar kita boleh tahan, tapi kalau anak-anak kita yang lapar, itu perkara yang tak boleh kita terima.

“Jadi saya sediakan sedikit bantuan makanan bekalan harian. Terdapat beras dan sebuah kotak berisi bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta ‘Cool Fever’ juga untuk anak wanita ini,” katanya menerusi satu video sewaktu menziarahi wanita berkenaan yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian orang ramai yang memuji sikap dan keprihatinannya. Malah ramai menyifatkan beliau seorang penjawat awam dan pemimpin yang pemurah dan baik hati.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.