fbpx
Now Reading
Netizen Puji Rosyam Nor Luang Masa Ajar & Ngaji Bersama Staf

Netizen Puji Rosyam Nor Luang Masa Ajar & Ngaji Bersama Staf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Peminat dunia hiburan pasti cukup kenal dengan nama Rosyam Nor, pelakon serta usahawan yang terkenal dengan jolokan Hero Malaya ini.

Tidak dapat dinafikan, lakonan Rosyam Nor atau nama betulnya Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin sentiasa memberi impak kepada orang ramai malah dikenali pelbagai lapisan masyarakat meskipun dia kini sudah jarang kelihatan di kaca televisyen.

Dalam dunia perniagaan pula Rosyam yang cukup sinonim dengan pasaraya miliknya juga masih aktif mengendalikan syarikat penerbitan miliknya, Suhan Movies & Trading.

Terbaru satu perkongsian video di saluran Youtube Suhan Movie telah meraih perhatian netizen dimana Rosyam didalam video tersebut dilihat sedang berkumpul bersama pekerjanya untuk sama-sama mengajar mengaji al -Quran.

“Tok Syam mengamuk staf tak mengaji!”

Menerusi video tersebut, Rosyam yang dilihat sedang mengajar beberapa kakitangan syarikatnya mengaji iqra dan al-Quran begitu garang dan serius dalam mengajar mereka mengaji.

Difahamkan kebiasaannya kakitangan Suhan akan diajar oleh seorang ustaz namun kali ini Rosyam sendiri memilih untuk ‘menguji’ bacaan pekerjanya.

Menurut kapsyen video berkenanan, Rosyam terpaksa menjadi garang dalam mendidik para pekerjanya agar mereka lebih peka tentang pembacaan yang betul dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memuji sikap tanggungjawab figura berusia 53 tahun yang diliha begitu menjaga kebajikan pekerjanya. Malah ramai berpendapat pekerjanya sangat beruntung mempunyai majikan sepertinya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.