fbpx
Now Reading
Terlalu Leka Menari Lagu ‘Bang Jago’, Wanita Ini Tak Perasan Terakam Rampasan Kuasa Di Myanmar [Video]

Terlalu Leka Menari Lagu ‘Bang Jago’, Wanita Ini Tak Perasan Terakam Rampasan Kuasa Di Myanmar [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Umum pasti mengetahui seluruh negara Myanmar kini sedang menjalani darurat selepas Angkatan Tentera Myanmar atau lebih dikenali sebagai Tatmadaw melakukan rampasan kuasa dengan menahan Kaunselor Negara, Cik Aung San Suu Kyi; Presiden Myanmar, U Win Myin; serta beberapa pegawai kanan dari parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pagi semalam.

Namun memandangkan semua agensi penyiaran dan sistem telekomunikasi di sana disekat, rakyat mereka hanya mengetahui perkembangan semasa mengenai kejadian tersebut melalui stesen penyiaran milik tentera iaitu TV Myawady.

Namun siapa sangka, disebalik ketiadaan stesen penyiaran lainnya yang tidak berfungsi, seorang wanita menjadi tumpuan dan viral di seluruh dunia selepas dia tanpa sengaja terakam momen sewaktu rampasan kuasa tersebut sedang berlaku di Parlimen Myanmar.

Sedang bersenam diringi lagu ‘Ampun Bang Jago’

Yang lebih menariknya, dia sewaktu itu sedang merakam video senamannya sambil diiringi lagu yang sedang hangat di Tiktok dan negara jiran Indonesia iaitu Ampun Bang Jago ciptaan dan nyanyian Jonathan Dorongpangalo (Tian Storm) dan Everly Salikara (Everslkr).

Khing Hnin Wai, seorang guru pendidikan jasmani dari Pyinama,Naypidaw difahamkan memang kerap untuk turun bersenam berhampiran bangunan kerajaan tersebut, namun semalam ‘timing’ dia bersenam begitu tepat dengan ketibaan kenderaan tentera Tatmadaw yang kelihatan di belakangnya sedang menuju ke banguman Parlimen Myanmar untuk melakukan rampasan kuasa.

Hasilnya, dia berjaya merakam visual tersebut yang kini tular ke seluruh dunia dan pastinya lagu berkenaan begitu cocok memandangkan liriknya seolah bercerita tentang ‘kekuasaan seseorang’ .

Malah menerusi awalan video tersebut ,jelas pintu masuk ke kawasan parlimen tersebut sudahpun siap disekat dengan menggunakan besi penghadang sambil dikawal oleh petugas keselamatan seorang berbelas biji kenderaaan tentera dilihat masuk melaluinya.

Menurut pendidik ini dalam satu perkongsian di laman Facebooknya, momen tersebut jelas sempurna baik dari segi lagu Ampun Bang Jago sebagai latar, tariannya serta latar visual di belakangnya yang berjaya dirakamnya secara kebetulan.

Malah menurutnya dia sempat disapa seorang pegawai atasan polis yang bertanya adakah dia akan pulang sebaik selesai bersenam.

“Sewaktu saya bersenam, helikopter dan kereta melintasi saya dengan laju. Siap dengan senjata, dan ada yang mengacukan senjata mereka kepada saya dari jauh.

“Ketua polis pula tersenyum sewaktu memandang saya malah dia sempat bertanya adakah saya akan pulang sambil mengucapkan selamat jalan kepada saya. Jangan copy paste video saya” katanya dipetik dari Newsweek.

Buktikan ianya kebetulan

Malah sebagai membuktikan semua itu tidak disengajakan, dia turut memuat naik beberapa video yang memperlihatkan dia di tempat yang sama sedang melakukan senaman berkenaan namun dengan lagu yang berbeza antaranya lagu Kimi No Toriko, Ice Cream(Selena Gomez) dan banyak lagi.

Inilah yang orang namakan in the right place at the right time!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.