fbpx

“Dia Pandang Keikhlasan” – Tempuhi Banyak Ujian, Lelaki Ini Akhirnya Kahwini Model Rusia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Baru-baru ini tular satu video di Tiktok kisah seorang jejaka tempatan bernama Nuar Yusli yang selamat disatukan dengan pasangannya, seorang wanita dari Rusia.

Nuar atau nama betulnya Mohamad Anwar Mohd Yusli difahamkan selamat mendirikan rumahtangga bersama pasangannya, Anna Eltsova di Teluk Panglima Garang, Selangor pada sabtu lalu selepas setahun bergelar tunangan.

Video tular di Tiktok

@nuaryusli

One year ago i propose her… WE’RE MARRIED NOW. ##internationalcouple ##marriedcouple @annama1ia ❤️🇷🇺🇲🇾

♬ habits – favsoundds

Menerusi laporan mStar, Nuar ,27 yang merupakan seorang jurugambar dan kontraktor mula berkenalan dengan isterinya melalui satu sesi photoshoot pada tahun 2018 di dalam negara.

Jelas Anwar, isterinya Anna merupakan seorang model sepenuh masa yang sudah bertapak di Malaysia beberapa tahun lalu.

“Saya berkenalan dengan Anna pada Julai 2018 menerusi satu sesi photoshoot. Masa tu saya shoot dia untuk satu photoshoot baju.”

“Dia memang full time model di Malaysia, dia dah datang sini dua tahun sebelum kami berkenalan.” jelasnya.

Melamar pada Februari 2020

Mereka kemudiannya mula berkawan pada tahun 2019 sebelum Nuar bertindak melamarnya pada Februari 2020 sewaktu hari lahirnya.

“Mula-mula keluarga pun was-was. Tapi lama kelamaan, saya yakinkan keluarga. Sebab Anna lain dari yang lain.

“Bila lama kenal, dia boleh adapt dengan budaya kita. Saya nampak dia suka duduk sini. Kawan-kawan dan keluarga pun beri sokongan kepada kami.

“Saya melamar Anna sewaktu hari lahirnya pada Februari 2020. Saya bagi cincin tanda pertunangan, Alhamdulillah dapat saya harungi dugaan pertunangan dengan Anna” kata Nuar yang turut mengakui dugaan bertunangnya agak mencabar.

Namun semuanya berjaya diharungi bersama wanita tersebut yang disifatkan seorang yang mementingkan keikhlasan dan bukan mata duitan.


“Memang agak mencabar, macam-macam lelaki datang kat dia. Tapi dia bukan mata duitan. Dia pandang keikhlasan saya dalam hubungan kami,” katanya lagi.

Semakin fasih berbahasa melayu dan gemarkan nasi lemak

Tambah Nuar lagi, dia dan isteri langsung tiada masalah dari segi komunikasi memandangkan Anna fasih berbahasa Inggeris

Malah dia yang semakin memahami bahasa Melayu sudah terbiasa dengan makanan pedas di Malaysia selain turut menggemari ikan bakar dan nasi lemak.

“Anna fasih berbahasa Inggeris, sebab dulu keluarga pernah hantar dia study di AS selama beberapa bulan.

“Dia juga sedang mendalami bahasa Melayu. Dia selalu tanya saya maksud perkataan yang tak difahami.

“Kalau saya berborak dengan sesiapa dalam bahasa Melayu, dia boleh je faham, bahasa Melayu sebenarnya lebih senang berbanding bahasa Rusia” katanya lagi kepada mStar.

Dia yang terkejut selepas mengetahui video pendeknya berjaya meraih 1.5 juta tontonan hanya dalam 24 jam turut memaklumkan banyak menerima ucapan tahniah dari netizen di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Video yang dikongsikan Nuar di akaun Tiktoknya setakat ini sudah mendapat 1.7 juta tontonan dan 233k tanda suka.

Selamat pengantin baru dari kami!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.