fbpx
Now Reading
Dedah Ramai Sugarbaby Di Malaysia, Laman Sugarbook Akhirnya Disekat SKMM

Dedah Ramai Sugarbaby Di Malaysia, Laman Sugarbook Akhirnya Disekat SKMM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Baru-baru ini kecoh media selepas sebuah laman temu janji, Seeking Arrangement mendedahkan terdapat hampir 42,500 sugar daddy di dalam negara menjadi negara kita berada di kedudukan ke -3 paling tinggi di Asia di belakang India dan Indonesia.

Dalam masa sama, sebuah lagi laman temujanji, Sugarbook pula mendakwa terdapat lebih 200,000 ahlinya yang dikategorikan sebagai ‘sugar baby’ di Malaysia, dengan kebanyakan dari mereka merupakan pelajar universiti dalam lingkungan usia 20-an.

Baca artikel berkaitan : Salah Pandemik? Malaysia Catat 300,000 ‘Sugar Baby’ Dengan Majoritinya Pelajar Universiti

Pendedahan yang mengejutkan ini kemudiannya turut mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang berjanji akan menyiasat laman sesawang berkenaan yang disifatkan mempromosikan gaya hidup tidak bermoral dengan menyediakan perempuan simpanan.

Terbaru, hari ini tular di media sosial dimana ada yang mendakwa SKMM telah pun mengambil tindakan dengan menyekat akses ke laman sesawang Sugarbook hari ini.

Tinjauan yang kami lakukan juga mendapati dakwaan berkenaan adalah benar dan ianya sudah pun disekat pihak berkenaan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan SKMM pada laman berkenaan, disekat kerana didakwa melanggari peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Akses kepada laman sesawang ini dihalang di bawah seksyen 262(2) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 kerana melanggar peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ” tulis kenyatan dari SKMM.

Pihak SKMM bagaimanapun belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penyekatan ini.

Sekitar hujung tahun 2019, nama Sugarbook pernah menjadi topik perdebatan netizen selepas tular beberapa foto memperlihatkan papan iklan mereka diletakkan di beberapa lokasi di Bangsar dan Bukit Kiara.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.