Now Reading
Enggan CV ‘Di Tong Sampahkan’, Lelaki Menyamar Jadi Penghantar Donut Selit Dokumen Kepada Majikan

Enggan CV ‘Di Tong Sampahkan’, Lelaki Menyamar Jadi Penghantar Donut Selit Dokumen Kepada Majikan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat mereka yang sedang job hunting, antara perkara yang paling sukar untuk dilakukan adalah ‘tampil menonjol’ berbanding orang lain.

Ini kerana persaingan bagi mendapatkan sesuatu pekerjaan yang ditawarkan pastinya sengit dengan kewujudan ramai calon.

Itu belum masuk calon yang hadir dengan kapasiti ‘cable’ atau dalam bahasa mudahnya kroni bukan?

Malah lebih menakutkan jika resume anda tidak sampai kepada orang yang sepatutnya sebaliknya hanya dibiarkan tersadai di atas meja mereka atau lebih teruk lagi ke dalam tong sampah!

Tular di tahun 2016 dan kini kembali tular lagi

Namun tahukah anda sekitar tahun 2016, seorang pemuda menjadi perhatian ramai kerana kaedah menarik dan kreatif yang digunakannya untuk menghantar CV kepada prospek majikannya. Namun kisahnya kembali menjadi tular selepas dikongsikan laman Reddit baru-baru ini.

Lukas Yla, seorang rakyat Lithunia difahamkan ketika itu baru sahaja berhijrah dari negara Eropah tersebut dan menetap di Amerika Syarikat.

Dia yang merupakan seorang professional dalam bidang pemasaran menyedari peluangnya untuk mendapatkan pekerjaan di bandar tersebut adalah rendah.

Namun apa yang lebih merisaukannya adalah usahanya mencari kerja akan kecundang awal, dimana resume yang dihantarnya tidak sampai ke pihak yang sepatutnya atau lebih buruk lagi di masukkan ke dalam tong sampah.

Justeru bagi mengelakkan perkata itu terjadi dia perlu mencuba sesuatu kelainan agar dia dapat tampil lebih menyerlah dari orang lain.

Nak tahu apa strateginya?

Menggunakan kepakarannya dalam bidang pemasaran, Lukas kemudian berlakon dan menyamar menjadi seorang pekerja perkhidmatan penghantaran makanan, Postmates sebelum menghantar sekotak donat kepada hampir 40 syarikat teknologi kreatif di sana.

Namun kotak tersebut bukan sekadar berisi donat sebaliknya dia turut menyelitkan surat Cover letter, pengenalan ringkas mengenai dirinya selain pautan link ke akaun Linkedin miliknya.

Malah dia juga cukup pintar dengan menghantar donat tersebut terus kepada bos syarikat-syarikat berkenaan.

Hasilnya?

Dan hasilnya, strategi luar lotak yang digunakan Lukas membuatkan dia menerima sekurang-kurangnya 10 temuduga dari mereka.

Kisah tersebut menyebabkan namanya menjadi bualan ramai dan turut mendapat perhatian akhbar dan portal-portal besar disana seperti Business Insider, Yahoo News,

Dimana dia kini?

Namun semua itu sudahpun menjadi sejarah. Lukas kini bukan lagi bersatus seorang pegawai pemasaran sebaliknya dia kini semakin menempa nama dalam dunia perniagaan.

Lukas kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi (CEO) bagi sebuah syarikat teknologi kreatif CityBee di Vilnius, Lithuania.

Pernah tersenarai dalam Forbes 30 Under 30

Malah diatas kejayaannya membangunkan CityBee dia pernah diiktiraf sebagai Forbes 30 under 30 bagi kategori Teknologi pada tahun 2020.

eorang lelaki di San Fransisco, Amerika Syarikat mencuri perhatian ramai apabila dia menghantar resume untuk permohonan kerjanya dengan cara paling kreatif.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.