fbpx

Dari Suara Biasa Jadi Suara Naga, Video Cikgu Agih Makan Pada Murid Buat Netizen Terhibur

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bukan mudah sebenarnya menggalas tugas sebagai seorang pendidik. Tugas mereka bukan setakat mengajar, malah terpaksa ‘menjaga’ anak-anak murid dari segi tingkah laku dan disiplin sepanjang mereka berada di sekolah.

Berbanding guru sekolah menengah yang lebih kerap berdepan dengan isu disiplin anak murid, guru pra sekolah dan sekolah pula lebih kerap berdepan dengan isu pengurusan diri murid-murid mereka.

Baru-baru ini tular sebuah video memperlihatkan seorang guru, Herdiana Abdul Hamid yang sedang mengagihkan makanan kepada anak-anak muridnya mengikut turutan nama.

Menerusi video berdurasi 30 saatu itu, Herdiana atau lebih dikenali sebagai cikgu Dian pada mulanya menggunakan nada biasa untuk memanggil anak muridnya.

Dia bagaimanapun terpaksa meninggikan sedikit suaranya ekoran dari suasana di dalam kelas yang riuh rendah dengan gelagat anak muridnya .

Herdiana bagaimanapun mencuri tumpuan apabila menggunakan suara berbeza sewaktu memberi pesanan kepada mereka : “jangan makan dulu”

Nasib baik tak keluar api

Menerusi video tersebu, Cikgu Dian turut menggunakan efek tulisa dari Tiktok ” Nasib tak keluar api” merujuk kepada suara yang dilakukannya.

Video tersebut nyata mendapat perhatian orang ramai yang terhibur dengan aksinya.

Berulang tengok sakit perut aku gelak

Kemain high pitch

Hanya dalam beberapa hari video berkenaan sudahpun ditonton lebih 17 juta kali dan dan mendapat 1.4 juta tanda suka.

Diana Danielle turut buat parodi

Malah ianya turut dijadikan parodi oleh segelintir netizen malahan selebriti seperti Diana Danielle.

Menerusi laporan mStar, guru Bahasa Inggeris itu menjelaskan yang dia sebenarnya seorang yang ceria. Dia menjadi garang hanya untuk mendidik dan bukan untuk menakutkan mereka.

“Saya bukan garang yang buat murid-murid takut, tapi garang yang mendidik murid-murid. Sebenarnya saya seorang guru yang ceria dan kelakar.

“Saya suka bercerita, kalau bercakap tak berhenti. Ada saja perkara yang nak cakap. Saya juga akan buatkan murid-murid gembira,” ujar guru berusia 33 tahun itu.

Apa salahnya cikgu garang bukan? Baru murid serius dan fokus semasa disekolah !

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.