fbpx
Now Reading
Instagram Perkenal Reels dan Music Untuk Pengguna Di Malaysia

Instagram Perkenal Reels dan Music Untuk Pengguna Di Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sekitar dua tahun lalu aplikasi media sosial, Instagram ada memperkenalkan ciri baharu iaitu Reels dan Music. Ia bagaimanapun tidak meluas dimana pengunaannya hanya terhad kepada beberapa negara sahaja dimulai dengan Brazil.

Selepas hampir dua tahun menunggu, Facebook Malaysia kini memperkenalkan fungsi tersebut kepada pengguna Instagram tempatan.

Reels

Dari segi rupa dan bentuknya, Reels kelihatan sama seperti apa yang dipernah dikongsikan sebelum ini . Malah fungsi nya juga sama seperti Reels yang diumumkan sebelum ini yang akan menyaingi TikTok, iaitu video dengan efek selama 15 saat.

Ia membolehkan pengguna merakam dan mengedit video berdurasi 15 saat dengan audio, dan memberi peluang kepada pengguna untuk menambah kesan visual.

Instagram Music

Bagi Intagram Music, dengan kewujudan fungsi ini, pengguna Instagram di Malaysia kini boleh menambah muzik pada Instagram Stories .

Untuk mengaksesnya anda hanye perlu menekan ikon sticker diikuti Music di IG story anda.

Apa-apa pun untuk menikmati fungsi ini pastikan aplikasi Instagram untuk iOS dan Android telah dikemaskini dengan versi yang terkini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.