fbpx
Now Reading
Video Kanak-Kanak Lelaki ‘Masak’ Sepaket Bawang Goreng Menghiburkan Netizen

Video Kanak-Kanak Lelaki ‘Masak’ Sepaket Bawang Goreng Menghiburkan Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kanak-kanak yang sedang membesar selalunya memang kebanyakannya mempunyai ragam dan karenah yang tersendiri.

Ada juga yang memang suka membuat sepah sehingga kadang-kadang menguji kesabaran ibu bapa nak menjaga.

Apatah lagi kanak-kanak lelaki, pasti sahaja ada perkara yang mereka ingin lakukan di luar jangkaan ibu bapa.

Begitulah yang terjadi seperti di dalam video yang viral di TikTok ini menerusi perkongsian daripada pengguna TikTok yang menggunakan username @fitria_hamsyah. Video itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menyepahkan satu plastik bawang goreng ibunya sehingga menarik tumpuan ramai.

Dalam video tersebut kelihatan kanak-kanak lelaki itu sedang main ‘masak-masak’ di dapur menggunakan bawang goreng kepunyaan ibunya.

@fitria_hamsyah

pening pening… bawang goreng 1 plastik dia pi masak😆

♬ original sound – fitria hamsyah

Perkongsian video itu juga mencuit hati apabila perlakuannya kantoi dan ditegur oleh ibunya, dia pantas menangis seolah-olah seperti dimarahi teruk. Jadi, si ibu tidak jadi marah apabila rasa simpati melihat telatah anaknya itu.

Sehingga artikel ini ditulis, video viral tersebut telah meraih 406.3K tontonan, 16.4K tanda suka dan 693 perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat ragam comel si kecil itu.

Ramai netizen yang memberi komen terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut.
Malah, ada juga yang berpendapat bahawa kanak-kanak itu sebenarnya kreatif dan bercita-cita nak jadi chef. Mungkin juga dia selalu nampak ibunya memasak di dapur, jadi dia pun nak mencuba.

Paparan screenshot di bawah adalah antara komen menarik daripada pengguna di akaun TikTok:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.