Now Reading
Dah Siap Duduk Dan Tukar Hantaran, Rombongan Pengantin Lelaki Rupanya Tersalah Rumah

Dah Siap Duduk Dan Tukar Hantaran, Rombongan Pengantin Lelaki Rupanya Tersalah Rumah

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Menjelang hari bahagia sudah tentu amat mendebarkan bagi setiap pasangan pengantin. Sudah tentu segala persiapan dilakukan dengan rapi dan teratur.

Namun, sesuatu yang dirancang dengan baik tidak semestinya akan berlaku seperti yang dijangka.

Bak kata pepatah “manusia hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan segalanya” sama seperti situasi di dalam video yang viral di Indonesia ini apabila rombongan pengantin lelaki dipercayai telah kunjungi rumah yang salah.

Menerusi laporan media Indonesia, rombongan pengantin lelaki tersilap masuk ke sebuah rumah di kampung sama yang sedang mengadakan majlis pertunangan.

Lebih melucukan mereka yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya sudah tersalah turut duduk dan menyerahkan barang hantaran yang dibawa bersama.

Video yang telah viral sejak beberapa hari lalu itu juga memaparkan rombongan pengantin terus keluar dari rumah itu dan mengambil semula barang hantaran yang diberi setelah menyedari  mereka tersalah alamat.

Gara-gara share location

Kejadian yang melucukan ini berlaku gara-gara alamat yang dikongsikan melalui Google Maps yang diberikan pada mereka. Kebetulan pada hari kejadian, berlaku dua majlis iaitu pernikahan dan pertunangan di kampung yang sama.

Menerusi perkongsian Borobudur di IG mereka, pengantin lelaki difahamkan berasal dari Daerah Pemalang manakala rumah pengantin perempuan di Pakis, Magelang.

Rombongan pengantin yang terpaksa menahan malu kemudiannya meminta maaf kepada keluarga tuan rumah gara-gara tersalah majlis.

Diharapkan perkara sebegini tidak berlaku kepada bakal pengantin yang lain.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.