Ahli Arkeologi Mesir Temui ‘Kota Emas’ Firaun Yang Hilang 3000 Tahun Dahulu
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Ahli arkeologi Mesir baru-baru ini telah menemui satu penemuan terbesar mereka apabila berjaya menjumpai sisa-sisa kota kuno ‘ Lost Golden City’ di padang pasir di bandar Luxor, Mesir yang dipercayai berasal dari zaman kegemilangan firaun 3,000 tahun yang lalu.
Difahamkan penemuan ini merupakan penemuan terpenting sejak mereka mula melakukan penggalian terhadap kubur Tutankhamun, Firaun muda yang terkenal pada zaman kerajaan Tamadun Mesir purba.
Kota kuno tersebut yang ditemui dibawah timbunan pasir oleh sepasukan penyelidik yang diketuai ahli arkeologi Mesir terkenal Zahi Hawass dipercayai berasal dari pemerintahan Amenhotep III yang kemudian digunakan Tutankhamun dan Ay.
“Misi Mesir di bawah pimpinan Dr Zahi Hawass menemukan kota yang hilang di bawah timbunan pasir,” kata seorang dari ahli arkeologi yang turut memaklumkan ianya ditemui berhampiran Luxor iaitu Valley of the Kings (Lembah Raja), yang terkenal sebagai tempat yang menyimpan pelbagai lagenda pemerintah Firaun.
“Kota ini berusia 3,000 tahun dan berasal dari zaman pemerintahan Amenhotep III dan terus digunakan oleh Tutankhamun dan Ay.
Hawas yang juga bekas Menteri Antikuiti Mesir turut mengumumkan beberapa penemuan barangan kemas lama seperti bekas tembikar berwarna, azimat berbentuk kumbang ‘scarab’ dan batu bata tertera lambang Amenhotep III.
Tambahnya sebelum ini banyak misi arkeologi luar yang cuba mencari kota tersebut tagi tidak berjaya.
“Banyak misi arkeologi asing cuba mencari kota tetapi tidak pernah menemukannya,” kata Hawass.