fbpx
Now Reading
Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia Untuk Tahun 2021

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia Untuk Tahun 2021

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Memasuki sahaja bulan Ramadan, antara perkara yang diwajibkan ke atas orang Islam selain berpuasa adalah menunaikan zakat fitrah.

Secara ringkasnya, Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam pada bulan Ramadhan untuk membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia.

Selain itu bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Foto : Lembaga Zakat Selangor

Jadi apakah syarat wajib menunaikan zakat fitrah?

Menurut laman PPZ -MAIWP, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan tentang Zakat Fitrah. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

Kadar Zakat fitrah

Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras. Bagi negara kita kadar zakat fitrah adalah satu gantang dan nilainya bersamaan 2.6kg (kilogram).

Jadi bagi memudahkn anda di bawah kami senaraikan kadar zakat fitrah di seluruh Malaysia mengikut negeri bagi tahun 2021:

PerlisRM7
KedahRM7, RM14, RM 21
Pulau PinangRM7, RM 12, RM16
PerakRM7, RM14, RM21
Selangor RM7, RM14, RM21
Negeri SembilanRM7
Melaka RM7, RM14,
JohorRM7, RM10
Pahang RM7
TerengganuRM7
KelantanRM7, RM14, RM21
SarawakRM7
SabahRM7
Wilayah PersekutuanRM5, RM7, RM14

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.