fbpx
Now Reading
Atas Inisiatif Netizen, Video Uncle OKU Buat Live Shopee Dari Hanya 7 Views Kini Raih Jualan Beribu

Atas Inisiatif Netizen, Video Uncle OKU Buat Live Shopee Dari Hanya 7 Views Kini Raih Jualan Beribu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Tempoh pandemik sekarang adalah waktu yang amat sukar bagi semua pihak. Tidak terkecuali bagi golongan OKU (orang kurang upaya) yang mudah terjejas dari segi mental, fizikal, kesihatan dan ekonomi.

Oleh itu, pelaksanaan platform e-dagang untuk golongan kurang upaya memasarkan produk keluaran mereka dapat membantu golongan itu untuk terus menjana pendapatan terutama ketika berdepan pandemik COVID-19 ketika ini. Tambahan pula, kebanyakan pembeli masa kini lebih cenderung untuk membeli atas talian bagi mengekang penularan wabak penyakit berjangkit tersebut.

Antara platform e-dagang yang popular masa kini ialah Shopee. Selain mempunyai ciri “add to cart” untuk para pelanggan membeli barang,  Shopee juga turut mempunyai ciri “live”bagi membantu para penjual mempromosi jualan mereka melalui siaran langsung. Ia juga secara tidak langsung membolehkan pelanggan terus membeli produk secara terus semasa bersiaran.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Shykin di laman Twitter, ia memaparkan seorang lelaki OKU yang bernama Foo Chia Kiat menjual produk pewangi rumah dan kenderaan di aplikasi Shopee.

Menurut ‘tweet’ wanita itu, dia yang bersimpati melihat ‘views’ video tersebut yang sedikit turut mengajak orang ramai untuk membeli produk perniagaan lelaki tersebut sebagai tanda sokongan.

“Views 7 orang je”

“Tengok live Shopee tadi. Ternampak live uncle ni. Views 7 org je. So masuk je la sebab nak tengok dia jual apa. Masuk-masuk, live dah nak habis. Stalk uncle ni rupanya jual pewangi kereta & rumah. Uncle ni oku. Fasih sangat BM dia. Support la gais. Mesti dia seronok kalau ramai beli.”

Ambil stok guna pengangkutan awam

Difahamkan, lelaki yang turut disapa sebagai Foo itu turut mengambil stok dengan hanya menggunakan pengangkutan awam.

Ternyata, rakyat Malaysia sangat murah hati dan prihatin apabila jualan Foo mencecah lima angka hanya dalam masa 24 jam selepas ‘tweet’ tersebut viral.

Melalui posting Foo di Facebook, dia turut berterima kasih atas insan yang berkongsi video jualannya sehingga viral dan semua orang yang memberi sokongan kepadanya.

Bak kata pepatah ‘muafakat membawa berkat’, sangat sesuai diamalkan oleh masyarakat kita dalam usaha membantu golongan OKU terutama ketika pandemik ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.