fbpx
Now Reading
“Nanti Pulangkan Pinggan!” – Tak Lupa Pesan Ibu, Telatah Anak Jiran Buat Ramai Terhibur

“Nanti Pulangkan Pinggan!” – Tak Lupa Pesan Ibu, Telatah Anak Jiran Buat Ramai Terhibur

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Ingat tak zaman kita kecil-kecil dulu, kalau masuk sahaja bulan bulan Ramadan, mesti ibu kita akan minta tolong hantarkan makanan ke rumah jiran. Selepas itu kebiasaannya mereka akan membalas dengan juadah yang lain pula.

Amalan bertukar-tukar juadah berbuka puasa ini secara tidak langsung boleh memupuk semangat kejiranan dengan orang yang menetap di sekeliling kita.

Anak jiran hantar makanan

Baru-baru ini, sebuah video telah dikongsi di TikTok @sinzo_abe memaparkan kebaikan jiran di kediaman tempat tinggalnya. Dia telah didatangi seorang kanak-kanak yang turut dianggap sebagai adik angkatnya.

@sinzo_abe

Hahaha 😂 adik angkat aku sorang ni mulut dia, ayat paling last tu deep 🤣 ##fyp ##fypシ ##foryoupage ##tiktokmalaysia ##ramadhan2021

♬ original sound – Sinzo Abe

Menerusi video yang mendapat lebih setengah juta kali tontonan itu, kanak-kanak tersebut telah datang ke rumahnya untuk menghantar sedikit juadah berbuka kiriman keluarga. 

Tetapi momen yang mencuit hati adalah apabila dia mengingatkan lelaki yang dikenali sebagai Sinzo itu untuk memulangkan kembali pinggan yang dipinjam.

“Bye Pinggan..”

Menjengah ke ruangan komen, ramai memberi reaksi menarik terhadap telatah anak jirannya itu. Ada juga yang mengimbau kembali kenangan mereka berkongsi makanan sesama jiran sewaktu kecil dahulu.

Mak dulu suruh pesan nak pinggan balik

Ni mesti tak pernah pulangkan pinggan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.