fbpx
Now Reading
“Kecil Lagi Dah Jadi Gelandangan” – Ebit Lew Bantu Adik 12 Tahun Hilang Ibu Bapa Akibat Covid-19

“Kecil Lagi Dah Jadi Gelandangan” – Ebit Lew Bantu Adik 12 Tahun Hilang Ibu Bapa Akibat Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang dirasai apabila membaca perkongsian Ustaz Ebit Lew di Facebook mengenai seorang remaja yang tinggal di jalanan.

Menerusi posting berkenaan, beliau menceritakan kisah seorang remaja lelaki yang hidup seorang diri selepas kematian ibu bapanya Januari lalu.

Menurut remaja tersebut, kedua ibu bapanya telah menjadi meninggal kerana jangkitan Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lalu.

Lebih memilukan, dia turut meluahkan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa pun untuk menjadi tempat bergantung. Sangat sebak..

Foto: FB

Foto: FB

“Sayu sebak rasa bila terjumpa seorang adik umur 12 tahun di Bukit Raja Klang tidur di jalanan. Kecil lagi dah jadi gelandangan. Mak ayahnya baru meninggal Januari baru ini kerana positif Covid. Kasihan hidup tanpa hala tuju lagi. Ramai orang sekitar cuba membantu. Ada yang mesej saya. Dia dah tiada sesiapa dalam hidupnya. Berat ujianmu duhai anak. Pasti ada hikmah disebalik semuanya.”

Namun begitu, remaja yang tinggal sebatang kara tersebut kelihatan sangat cekal menghadapi dugaan hidup walaupun tanpa ibu dan bapanya disisi.

Difahamkan, orang ramai sering memberi makanan untuk remaja itu berbuka dan sahur.

Walaupun remaja tersebut hidup di jalanan seperti gelandangan, namun dia dikhabarkan masih menjalankan ibadah puasa seperti orang lain.

“Adik puasa ke? Puasa ustaz. Sahur ada orang bagi. Buka pun ada orang bagi.”

“Saya tanya adik nak masuk sekolah madrasah. Nak ustaz. Nak jumpa mak ayah dalam syurga. Terus makin sedih, saya pun rindu mak. Rindu ayah. Kami solat sama-sama dan terus hantar adik ni masuk madrasah.”

Malah, orang awam di sekitar kawasan Bukit Raja Klang itu juga selalu memberi makanan untuk berbuka puasa dan bersahur kepadanya.

Sehubungan dengan itu, Ustaz Ebit Lew membawa remaja tersebut ke pasaraya dan mendaftarkannya ke sebuah madrasah.

Di akhir posting berkenaan, Ustaz Ebit Lew turut mendoakan remaja lelaki itu agar menjadi insan yang soleh dan berjaya di masa akan datang.

“Walau sekejap terasa rapat dan seperti keluarga. Adik jaga diri ye. Saya doa adik jadi anak soleh berjaya cemerlang. Nanti kita jumpa lagi. Tak berhenti cakap terima kasih. Best seronok dapat masuk belajar sini.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.