fbpx
Now Reading
Hacker Malaysia Diangkat Jadi ‘Wira’ Selepas Godam Pangkalan Data Israel

Hacker Malaysia Diangkat Jadi ‘Wira’ Selepas Godam Pangkalan Data Israel

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/newversionofmee/status/1393094068545097729?

Umum mengetahui konflik diantara rakyat Palestin dan rejim zionis Israel sudah sampai ke tahap kritikal apabila kedua-dua pihak dilihat berbalas serangan dari udara.

Mula menjadi perhatian seluruh dunia selepas Tentera Zionis dengan kejamnya menyerang rakyat Palestin yang sedang beribadat di Masjid Al- Aqsa pada jumaat terakhir ramadan, ia kemudiannya diikuti dengan serang balas dari tentera Hamas.

Keadaan menjadi lebih genting apabila kedua-dua pihak berbalas serangan udara dan pengeboman menyebabkan lebih 100 rakyat Palestin terkorban dengan 27 daripanya merupakan kanak-kanak manakala tujuh kematian dilaporkan di Israel dimana seorang darinya adalah kanak.

Kematian ratusan rakyat Palestin menyebabkan penduduk dunia khususnya negara-negara Arab dan Malaysia mula marah dan ‘menyerang’ ruangan komen akaun Facebook milik askar Israel iaitu IDF.

Terbaru, sebagai tanda solidariri mereka kepada penduduk Palestin, beberapa kumpulan hacker Malaysia antaranya DragonForce Malaysia, AnonGhost, RilexCrew dan banyak lagi grup lainnya difahamkan telah bersatu untuk melumpuhkan sistem pangkalan data rejim Zionis tersebut.

Menamakan operasi tersebut sebagai #OpsBedil , gabungan mereka kemudiannya dilaporkan berjaya dalam misi tersebut.

Menurut satu posting dari Dragonforce gabungan mereka sudah berjaya menggodam lebih 126 laman web dari sana dan turut menyenaraikan beberapa dari laman tersebut.

Namun difahamkan posting tersebut bagaimanapun tidak kekal lama apabila ianya telah diturunkan oleh Facebook.

Kejaan mereka kini turut menarik perhatian orang ramai. Malah difahamkan Hacker dari negara jiran Indonesia juga sudah mengambil langkah sama dengan melancarkan serangan siber yang dinamakan #OpsGanyang

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.