
Membanggakan! Pelajar Malaysia Harumkan Nama Negara Juarai Pidato Peringkat Dunia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang penuntut Universiti Multimedia kampus Melaka, Pavit Coran telah mengharumkan nama negara di persada dunia selepas muncul juara Pertandingan Pidato Umum Antarabangsa English Speaking Union (ESU).

Wakil Malaysia itu menyertai pertandingan secara virtual yang turut disertai 36 peserta dari 34 negara di peringkat final pada Jumaat lepas.
Pemidato berusia 19 tahun itu telah menyuarakan tentang peningkatan jumlah orang yang mengalami kemurungan dan pada masa yang sama meminta agar kerajaan dan masyarakat untuk memberi perhatian terhadap masalah ini.

Menurutnya, dia berasa sangat bersyukur dan gembira kerana dapat mengalahkan peserta-peserta yang lain menerusi pidato berdurasi 5 minit itu.
“Walaupun saya tidak dapat ke London untuk bertanding, penyertaan secara dalam talian itu memberi pengalaman baru buat saya selain turut menghadapi masalah seperti sambungan Internet.”
Kejayaan Pavit ini adalah kali kedua Malaysia merangkul anugerah Pemidato Terbaik pada kejohanan tahunan itu selepas Marina Tan pada tahun 2011.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Pavit. Walaupun tak dapat bersua muka untuk pertandingan itu, tetapi pencapaian ini tetap sangat membanggakan!
Foto Kredit: MMU