fbpx
Now Reading
Sempat Abadikan Foto Raya, Pegawai Polis Sedih Hilang 3 Ahli Keluarga Akibat Covid-19

Sempat Abadikan Foto Raya, Pegawai Polis Sedih Hilang 3 Ahli Keluarga Akibat Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Virus Covid-19 merupakan penyakit berjangkit yang sangat berbahaya.

Lebih membimbangkan, virus ini juga boleh melumpuhkan sistem imunisasi badan yang cuba menghalang jangkitan dan menimbulkan bengkak sehingga menyebabkan seseorang itu sukar bernafas.  Jika tidak mendapatkan rawatan awal, pesakit boleh menemui maut.

Kehilangan 3 ahli keluarga sekaligus

Perkara itu dirasai oleh seorang Lans Koperal, Siti Nurul Hawana Amran yang telah kehilangan keluarga tersayang iaitu kedua ibu bapa dan adiknya akibat virus berjangkit tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, keluarga wanita tersebut sempat merasai pengalaman raya bersama tahun ini. Malah, mereka juga dapat mengabdikan foto kenangan  pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Kedua-dua ibu bapanya yang dikenali sebagai Amran Sadon dan Hasminah Parmin telah meninggal dunia Jumaat lalu ketika menerima rawatan di Hospital Cancelor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras.

Apa yang lebih meruntun jiwa apabila adik lelakinya yang bernama Muhammad Luqman Idham Amran juga dijangkiti virus itu dan telah dijemput ilahi pada 6 pagi semalam semasa dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Ibu bapa tak sempat beri pesanan terakhir

Bahkan, Hawana memaklumkan bahawa dia terkilan apabila ibu bapanya tidak sempat meninggalkan sebarang kata-kata terakhir kepada dirinya semasa dikejarkan ke hospital.

Difahamkan, kemungkinan kedua-dua ibu bapanya mendapat jangkitan virus itu ketika mereka menunaikan solat tarawih di surau berhampiran rumah sepanjang Ramadan lalu.

Pegawai polis itu turut menceritakan saat-saat ibunya dihantar ke HCTM Khamis lalu kerana keadaanya yang semakin membimbangkan dan ayahnya yang turut mengalami sesak nafas sebelum dihantar ke hospital sama pada sebelah malam. Namun, kedua-duanya gagal diselamatkan dan meninggal dunia keesokan harinya.

Tak sangka adik turut dijemput ilahi

Hawana juga memberitahu bahawa dia tidak menyangka adik lelakinya yang sedang menerima rawaran di hospital turut dijemput ilahi pagi semalam.

Al fatihah

Semoga seluruh keluarga Siti Hawana tabah dengan dugaan ini dan arwah ahli keluarganya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al fatihah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.