“Pakcik Tunggu Duit Bantuan..” – Warga Emas Tak Dapat Keluarkan Duit Undang Sebak Netizen
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Di musim pandemik ini, ramai yang terkesan dari sudut ekonomi untuk kelangsungan hidup. Malahan ada juga golongan yang terpaksa berharap dengan duit bantuan kerana tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja berkemungkinan kerana faktor usia atau kesihatan yang tidak mengizinkan.
Pakcik minta tolong keluarkan duit dari mesin
Seorang gadis lebih dikenali sebagai Naimatul Najwa telah berkongsi sebuah kisah yang menyayat hati di TikTok @naimatulnajwa. Ianya bermula apabila seorang pakcik yang dijumpai meminta tolong mengeluarkan wang sebanyak RM50 menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Malangnya, baki akaun warga emas tersebut tidak mencukupi dan menyebabkan transaksi tidak dapat dilakukan.
@naimatulnajwa Bersyukur Allah temukan saya dengan pakcik ni 🤗 Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk merasai kenikmatan menolong orang ❤
♬ original sound – Dalia – dalia
Sewaktu keluar dari premis itu, Najwa telah bertanya mengenai duit yang ditunggu. Pakcik itu menerangkan dia menerima wang bantuan dari pihak Baitulmal sebanyak RM300 sebulan.
“Pakcik tengah tunggu duit Baitulmal. Belum masuk lagi kot. Kalau dah masuk tu adalah.”
Tambah warga emas itu lagi, duit yang diterima setiap bulan itu digunakan untuk menampung perbelanjaan harian seperti makanan dan mengisi minyak.
Gadis ini hulurkan sedikit duit belanja buat pakcik tersebut.
Di akhir video, gadis itu sempat memberikan sedikit wang belanja kepadanya untuk membantu meringankan beban.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang memuji tindakan gadis itu berkongsi video ini dalam usaha memberi ‘vibe’ positif kepada orang ramai. Ada juga yang menceritakan pengalaman sendiri berada dalam situasi sama.