fbpx

“Boleh Makan Terus?”- Video Gadis Menikmati Telur Ketam ‘Fresh’ Buat Netizen Terpegun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketam merupakan antara makanan laut yang digemari ramai. Pelbagai lauk yang boleh dibuat daripada ketam seperti masak lemak cili padi, goreng cili, kari dan sebagainya.

Telur ketam memang sedap

Malah, ramai juga menyukai telur ketam yang dikatakan sangat sedap untuk dimakan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang gadis di laman TikTok, ia memaparkan gadis tersebut menikmati telur ketam secara segar terus dari laut.

Terus makan selepas ditangkap

Difahamkan, gadis tersebut telah makan telur ketam tersebut sebaik sahaja ketam itu ditangkap.

Tindakan bersahaja itu telah menarik perhatian ramai sehingga video itu meraih sebanyak satu juta tontonan. Selain itu, video yang viral itu juga mendapat 82.2 ribu likes dan 5 ribu komen daripada warganet.

@izryaneerrr

Maafla tudung kotoq sikit besa la baru tarik n labuh pukat ketam😉Sedap mkn teloq ketam fresh baru dpt tadi🦀

♬ bunyi asal – zryy

Ramai nak cuba

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen terpegun dan berasa ingin mencuba juga telur ketam yang ‘fresh’ itu.

Malah, ada yang memaklumkan mereka membuang sahaja telur ketam itu ketika ingin dimasak kerana tidak tahu telur ketam juga boleh dimakan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.