fbpx

Didakwa Tak Benarkan Isteri Hafizh Syahrin Ke Luar Negara, Ini Respon Jabatan Imigresen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial baru-baru ini hangat selepas pelumba moto2 negara Hafizh Syahrin meluahkan rasa kecewanya gara-gara niatnya untuk menerbangkan isterinya ke Eropah sukar mendapat kelulusan dari imigresen dan pihak berkaitan.

Difahamkan dia berniat untuk membawa isterinya terbang ke Eropah ekoran pengalaman pada perlumbaan yang lalu yang membuka matanya untuk memastikan ada dari kalangan keluarga terdekat berapa dekat dengannya semasa perlumbaan.

Atlet tidak menetap di luar negara, tidak dibenarkan membawa pasangan semasa menyertai kejohanan

Ambil maklum dengan isu tersebut, Jabatan Imigresen Malaysia(JIM) kemudianya tampil memberi penjelasan bahawa hanya atlet Malaysia yang berpangkalan di luar negara sahaja dibenarkan membawa pasangan masing-masing sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh dan perintah kawalan pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19.

Menurut Imigresen mereka sebelum itu ada menjumpai beberapa kes penyalahgunaan kelulusan permohonan keluar negara melalui MyTravelPass (MTP) oleh warganegara Malaysia melalui semakan yang dijalankan di pintu masuk negara.

“Merujuk kepada hantaran tular di media sosial oleh seorang pelumba motosikal berkenaan permohonan isteri beliau untuk keluar negara sudah pun ditolak.

“Bagi tujuan melancong dan bercuti tidak dibenarkan keluar negara. Kelulusan diberikan kepada ahli sukan yang menetap dan berpangkalan di luar negara sahaja dibenarkan membawa pasangan.

“Contohnya, pelumba basikal dan pemain golf profesional. Ahli sukan menyertai kejohanan secara on and off dan tidak menetap di luar negara, tidak dibenarkan membawa pasangan semasa menyertai kejohanan,” katanya.

“Hanya jurulatih dan kru profesional terbabit dibenarkan keluar bersama ahli sukan berkenaan,” katanya.

JIM berperanan sebagai petugas barisan hadapan kawal sempadan

Menurut JIM lagi mereka berperanan sebagai petugas barisan hadapan dalam mengawal sempadan dan apa yang mereka amalakkan setakat ini berjaya mengawal penularan kes import dari luar negara.

“JIM berperanan sebagai petugas barisan hadapan mengawal sempadan dan melihat keselamatan secara keseluruhan. JIM telah membantu mengawal penularan kes import dari luar negara melalui kawalan pergerakan yang sentiasa diperketatkan dari masa ke semasa. Ini terbukti melalui kes import yang selalu ‘single digit’.

“Semua peserta kejohanan juga perlu mendapat sokongan dari agensi kawal selia seperti Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) ” maklum mereka lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.