fbpx
Now Reading
Ramai Terharu Lihat Lelaki Buat Persediaan Sambut Anniversary Untuk Isteri [Video]

Ramai Terharu Lihat Lelaki Buat Persediaan Sambut Anniversary Untuk Isteri [Video]

Kejutan yang diberikan Dikwan kepada isterinya sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka telah membuatkan wanita itu rasa terharu dan menangis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan suami isteri pasti mengimpikan hubungan yang bahagia dan berharap ikatan yang terjalin antara mereka akan terus berkekalan.

Oleh itu, sesebuah hubungan itu perlulah sentiasa di hargai selain turut menyemai perasaan cinta antara satu sama lain.

Perkara ini bertujuan untuk menyemarakkan rasa cinta agar ia tidak akan pudar cuba memperbaiki kelemahan masing-masing.

Lelaki buat kejutan kepada isteri sempena hari ulang tahun perkahwinan

Baru-baru ini, seorang lelaki telah menunjukkan usahanya untuk membuat kejutan sambutan hari ulang tahun perkahwinan kepada isterinya sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video tersebut lelaki itu menyifatkan menghargai tidak perlu untuk memperoleh wang yang banyak.

Katanya pada 23 Oktober adalah hari ulang tahun perkahwinan mereka. Oleh itu, dia telah menghiaskan meja untuk membuat kejutan ‘candle light dinner’ bersama isteri di rumah.

Hanya menggunakan barangan di rumah dan beberapa barangan dibeli dengan harga yang murah

Jelasnya, bagi pinggan dan cawan dia hanya menggunakan barangan yang sudah ada di rumah.

Manakala bagi persiapan makanan pula, dia hanya membuat pesanan pasta di kedai yang bernilai RM9 sahaja.

Lelaki itu kemudian membahagi pasta berkenaan ke dalam dua pinggan dan menyusunnya semula agar ia kelihatan lebih cantik.

“Jenis bini Dikwan tak suka air manis.. Jadi air sejuk je,” katanya.

Siap tabur bunga ros dan lilin

Dia kemudian menunjukkan satu bungkus kelopak bunga ros yang dibelinya dengan berharga RM3 sahaja dan menaburkannya di atas meja dan juga lantai sehingga ke pintu masuk.

Untuk menaikkan lagi seri hiasan, Dikwan meletakkan beberapa lilin kecil yang dibelinya sekitar harga RM2 lebih dan ia disusun bersama dengan ros tadi.

Selain barang hiasan, dia juga tidak lupa untuk membeli sepotong kek dari Secret Recipe yang berharga RM12.

Dikwan kemudian memadamkan lampu dan dengan sabar menanti kepulangan isteri tercinta dari tempat kerja.

Kelihatan mata isteri bergenang dengan air mata

@dik_wan96

sory typo tarikh dlm video .. 23.10 tau bukan 23.12 🤭 Menghargai tak perlu banyak wang .. 🫰#aniversary

♬ My Memory Piano Winter Sonata Ost (Cover) – Lekson

Mungkin terharu dengan usaha dilakukan suami, kelihatan mata isteri Dikwan bergelinang dengan air mata sebelum memeluknya.

Mereka kemudian menikmati hidangan sambil berbual dan bergelak ketawa dalam suasana penuh romantis.

Ibu kepada pasangan ini turut tidak terlepas untuk mengucapkan selamat hari ulangtahun kepada mereka di ruangan komen.

Ramai turut rasa terharu lihat usaha suami gembirakan hati isteri

Melihat di ruangan komen, ramai yang terharu dan menyatakan usaha yang dilakukan lelaki berkenaan lebih mahal harganya berbanding makan di restoran mewah.

Tidak kurang juga ada yang memujinya kerana telah membahagiakan isteri meskipun dengan cara bersederhana mengikut kemampuannya.

“Terbaik tuan, tuan telah bahagiakan isteri tuan dengan cara sekadar mampu tuan. Allah akan bahagiakan tuan kemudian…”

“Kita pula nangis.. tapi saya reda suami saya memang bukan jenis macam ni hahaha. Nak hadiah kena minta”

“Berpeluh tu bang, tutup kipas lama tak nak bagi lilin padam.. Tinggi betul effort abang.. Salute”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.