fbpx
Now Reading
Angkat Simbol Tiga Jari Sewaktu ‘Game’ Bola, Penjaga Gol Myanmar Enggan Pulang & Mahu Pohon Suaka Di Jepun

Angkat Simbol Tiga Jari Sewaktu ‘Game’ Bola, Penjaga Gol Myanmar Enggan Pulang & Mahu Pohon Suaka Di Jepun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui negara Myanmar sejak Februari lalu mula bergolak selepas junta tentera menggulingkan kerajaan demokrasi pimpinan Kaunselor, Aung San Suu Kyi, menimbulan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai.

Rakyat yang marah kemudian mula berhimpun dan menunjuk perasaan dengan mengadakan beberapa siri protes besar-besaran sehingga akhirnya mengakibatkan lebih 800 kematian dan ribuan lagi cedera.

Mendapat perhatian banyak kerajaan di dunia, kisah tersebut kembali panas bulan lalu selepas seorang penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan mereka, Kyae Lyan Aung bertindak mengangkat simbol tiga jari di hadapan kamera ketika lagu negara mereka dimainkan sebelum aksi kelayakan Piala Dunia menentang Jepun.

Namun menyedari tindakan ‘berani matinya’ itu bakal membahayakan nyawanya, penjaga gol simpanan pasukan Myanmar tersebut yang sepatunya pulang ke Myanmar pada rabu malam kini enggan berbuat demikian.

Malah atas faktor keselamatan dia juga telah meminta suaka di negara matahari tersebut tersebut.

“Saya mahu tinggal di Jepun”

Difahahamkan perkara tersebut disuarakan Lyan Aung kepada imigresen Jepun di Lapangan Terbang Kansai di Osaka selepas dia enggan menyertai rakan sepasukannya yang sudah berada didalam kapal terbang yang akan terbang pulang ke Myanmar.

Foto : Japan Times

“Jika saya kembal ke Myanmar, nyawa saya berada dalam bahaya. Saya mahu tinggal di Jepun.

“Kerajaan dan orang Jepun harus mengetahui situasi semasa di Myanmar. Saya meminta kerjasama anda,” katanya yang turut memaklumkan hanya akan pulang sekiranya kepimpinan Aung San Suu Kyi kembali berkuasa.

Perkara tersebut kemudian disahkan peguam, Shogo Watanabe yang memaklumkan akan memulakan proses memohon suaka untuk anak guamnya.

“Selepas mengesahkan hasratnya, kami akan meneruskan proses untuk memohon status suaka sama ada di Osaka ataupun di Tokyo.

“Ia ketara (yang dia adalah pelarian politik) selepas dia mengangkat simbol tiga jari anti junta tersebut. Saya harap status pelariannya akan diiktiraf secepat mungkin” kata Watanabe yang menjangkakan proses tersebut akan mengambil masa beberapa bulan.

Sebagai rekod simbol tiga jari yang mula dipopularkan menerusi filem Hunger Game sering digunakan oleh golongan penunjuk perasaan di Myanmar sewaktu melakukan demonstrasi sebagai tanda protes mereka terhadap kerajaan junta tentera.

Foto : Guardian/ Reuters

Malah ia juga telah digunakan oleh penunjuk perasaan di Thailand terlebih dahulu sebagai ‘tanda penentangan’ pada tahun 2014.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.