fbpx
Now Reading
“Dah Bayar Deposit Katering RM500.”- Nak Elak Rugi, Pengantin Edar Nasi Kenduri Ke Rumah Jiran

“Dah Bayar Deposit Katering RM500.”- Nak Elak Rugi, Pengantin Edar Nasi Kenduri Ke Rumah Jiran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan, kita semua tahu pergerakan telah dihadkan dimana aktiviti merentas daerah turut tidak dibenarkan tanpa urusan penting.

Majlis keramaian adalah aktiviti yang paling dilarang kerana melibatkan pengumpulan orang ramai yang boleh menjadi punca penularan jangkitan Covid-19 dalam skala besar.

Antara yang paling ketara terkesan dengan pelaksanaan PKP adalah pasangan yang ingin berkahwin. Sebarang majlis perkahwinan dilarang sama sekali sehingga ada yang terpaksa menangguhkan segala perancangan disebabkan oleh masalah tertentu.

“Kenduri musim Covid boleh jimat kaw kaw.”

Namun begitu, pasangan pengantin ini kelihatan sama sekali tidak terkesan dengan majlis perkahwinan yang terpaksa dibatalkan dengan mengubah plan asal.

@nshj96

Kenduri musim covid boleh jimat kaw kaw 😇 thank you Allah 😘 ##DefineFreshChallenge ##MakeItBiggerMY ##SenyumanRaya ##fypシ ##FreeFireRaya ##fyp

♬ original sound – VSLZARAHBUHARI

Seperti yang telah dikongsi sendiri oleh pengantin perempuan ini di TikTok @nshj96, majlis persandingan mereka dijadualkan berlangsung pada 29 Mei yang lalu. Namun ia terpaksa dibatalkan berikutan pelaksanaan total lockdown di negara ini.

Bayaran deposit katering telah dibuat

Pembayaran deposit katering turut telah dibuat sebanyak RM500 dan idea pasangan ini cuba mengelakkan sebarang kerugian adalah sangat bernas.

Wanita ini dan suaminya bersama ahli keluarga yang lain telah berkunjung dari rumah ke rumah untuk memberi nasi kenduri kepada jiran-jiran, saudara mara dan juga rakan-rakan.

Tetap bersyukur dengan segala ujian

‘Majlis’ kecil-kecilan itu dikhabarkan selesai dengan lancar dan dipermudahkan. Pada masa yang sama dia tetap bersyukur dengan ujian yang terpaksa dilalui dalam usaha untuk mendirikan rumah tangga.

Ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Jimat pun jimat, duit boleh digunakan untuk baby yang bakal dilahirkan hujung tahun ini.

Di ruangan komen, rata-rata memberi ucapan tahniah buat kedua-dua pasangan itu. Ada juga yang berkongsi pengalaman melakukan perkara yang sama untuk mengelakkan pembaziran.

Daripada burn, baik bersedekah

“Cukup syarat majlis perkahwinan dalam Islam.” – Netizen

Pengalaman sama

Bagi dekat kawan tempat kerja sekali

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.