fbpx
Now Reading
Jepun Tawar Rumah Kosong Secara Percuma, Mahu Tarik Penduduk Untuk Berpindah

Jepun Tawar Rumah Kosong Secara Percuma, Mahu Tarik Penduduk Untuk Berpindah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di Jepun, terdapat lebih lapan juta rumah terbiar tak berpenghuni di luar bandar dan menjadi satu masalah yang perlu ditangani. Berikutan situasi ini, kerajaan Jepun telah menawarkan rumah secara percuma untuk menarik penduduk berpindah.

Sebuah rumah di bandar seperti Tochigi dan Nagano boleh dibeli dengan harga serendah 50,000 yen (RM1,878). Malah, ada juga bangunan lama yang diberikan secara percuma di kawasan Okutama, barat Tokyo.

Foto: Japan Junky

Menurut laporan Insider, sesetengah pemilik baru memanfaatkan pemberian ini dengan menjadikannya sebagai bengkel atau tempat makan.

Dalam usaha bantu pemilik lama melepaskan kediaman tak diperlukan

Jurucakap pejabat kerajaan Okutama berkata, rumah kosong yang juga disebut sebagai ‘akiya’ ini dijual dengan harga cukup rendah untuk membantu pemilik lama melepaskan beban mengurus kediaman yang tak lagi diperlukan.

“Program ini bukan setakat untuk membantu pemilik melepaskan rumah lama yang terpaksa diuruskan dan tetap membayar cukai, tetapi juga untuk mengurangkan jumlah bangunan terbiar berpotensi runtuh atau menimbulkan risiko di masa depan.”

‘Akiya’ ini biasanya terletak di kawasan luar bandar Jepun antaranya Wakayama, Tokushima, Kagoshima, dan Kochi di mana kadar kekosongan rumah adalah lebih daripada 18%.

Foto: Insider

Punca kebanyakan rumah ini dibiarkan kosong adalah kerana penghuninya telah meninggal dunia ataupun berpindah ke kawasan lain.

Menawarkan wang untuk menarik penduduk bekerja di luar bandar

Selain daripada tawaran rumah kos rendah, kerajaan wilayah Jepun telah mengenalpasti penawaran wang sebagai satu kaedah terbaik untuk menarik penduduknya bekerja di kawasan luar bandar.

Sebelum ini, beberapa wilayah di negara matahari terbit itu mencatatkan penurunan jumlah rumah kosong setelah diperuntukkan dengan subsidi.

Foto: Insider

Pernah buat tawaran yang sama

Pada akhir 2018 yang lalu, kerajaan Jepun telah membuat tawaran rumah kosong dengan cara yang sama disebabkan oleh jumlah kediaman terbiar yang terlalu tinggi dan berkemungkinan meningkat di masa akan datang.

Menurut Institut Populasi dan Keselamatan Sosial Kebangsaan, rakyat Jepun dijangka menurun dari angka 127 juta kepada hanya sekitar 88 juta menjelang tahun 2065.

Dengan ini, bermakna semakin kurang rakyat yang memerlukan rumah di negara itu.

Foto: Japan Junky

Tawaran menarik ini sudah semestinya boleh membantu individu yang berniat untuk berpindah ke Jepun, tetapi apa yang kurang best adalah sebab rumah ini terletak jauh dari kawasan bandar dan boleh dikatakan tidak unik.

Foto Kredit: Insider, FB Akiya House Japan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.