fbpx

Demi ‘Passion’, Kisah Doktor Menjadi Cake Designer Buat Ramai Kagum

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Benarlah orang kata, kita akan bahagia apabila memilih sesuatu yang kita minati.

Begitulah yang dilalui seorang lelaki ini apabila bergelar doktor dan telah menukar kerjayanya kepada cake designer.

Dari doktor kepada cake designer

Foto: TikTok

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama Naqiuddin Rozman, dia menunjukkan perjalanan kerjayanya yang pada awalnya ialah seorang doktor dan bertukar kepada cake designer.

Foto: TikTok

Melalui video 24 saat itu, Naqiuddin memaparkan pelbagai jenis kek yang telah dihasilkan oleh dirinya sendiri. Difahamkan, beliau sudah lama meminati pembuatan kek sejak tahun 2012 lagi.

Saya baru 4 tahun tukar profession, dan start baking sejak 2012 sebagai hobi. Jujurnya dua dua profession saya suka tapi rezeki dekat cake.

Ternyata, kisah Naqiuddin yang mengambil keputusan untuk bertukar profession daripada doktor kepada cake designer telah meraih pujian ramai dan memberikan inspirasi bagi anak muda supaya memilih kerjaya yang diminati.

Foto: TikTok
Foto: TikTok

Sehingga artikel ini ditulis,video yang viral di TikTok itu telah meraih sehingga 528.5K views, 88.7K likes dan 2.9K shares di aplikasi tersebut.

@abangkatik

Doctor to cake designer ##fypシ ##forpageyou ##foryoupage ##foodiemy

♬ Beggin’ – Måneskin

Netizen turut kagum

Rata-rata warganet turut kagum melihat perjalanan karier lelaki itu. Bahkan, ramai juga yang menyokong keputusan bekas doktor itu apabila sanggup bertukar kerjaya demi minat yang mendalam terhadap penghasilan kek.

“Go and chase your passion Doc”

“This is true definition of do something that makes you happy”

“Work and passion is definitely a different thing”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.