fbpx
Now Reading
“Lecturer Pun Terkejut” – Pelajar Gelabah Lupa Tutup Mikrofon, Kantoi Jerit Kembar Buat Bising

“Lecturer Pun Terkejut” – Pelajar Gelabah Lupa Tutup Mikrofon, Kantoi Jerit Kembar Buat Bising

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semenjak tercetusnya pandemik Covid-19 ini, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah diputuskan. Tak dinafikan memang terdapat banyak cabaran yang terpaksa dihadapi lagi-lagi apabila belajar di persekitaran yang bising.

Realiti sedemikian rupa sudah semestinya tidak dapat dielakkan terutama apabila tinggal serumah dengan keluarga yang besar.

Situasi ini dapat dikaitkan dengan seorang pelajar yang gelabah dan terpaksa tahan malu kerana ‘kantoi’ menjerit kepada kembarnya ketika kelas sedang berlangsung.

Sedang ikut sesi pembelajaran

Menerusi perkongsian gadis itu sendiri di TikTok @putrianisanisya, dia sedang mengikuti sesi pembelajaran bersama pensyarahnya dan rakan sekelas yang lain menerusi platform meeting atas talian.

@putrianisanisya

Please make sure to mute or off the camera 😢 ill never forget this ##fyp

♬ Day ‘n’ Nite – Kid Cudi

Secara tiba-tiba, muncul kelibat kembarnya melintas di belakang sebelum dia menjerit kerana membuat bising tidak lama kemudian.

Namun gadis itu yang dikenali sebagai Putri bertukar gelabah dan malu kerana dia terlupa menutup mikrofon. 

Pensyarah dan rakan sekelas sampai terbeliak mata

Apa yang menghiburkan adalah tindakan mengejutkan itu membuat pensyarah dan rakannya terbeliak mata.

Dia kemudian segera meminta maaf dengan situasi memeranjatkan itu.

Perkongsian itu nyata telah mengundang dekah netizen. Ada juga yang turut berkongsi situasi mereka dalam menghadapi cabaran belajar secara atas talian.

“Member baju biru sampai terbeliak mata” – Netizen

Realiti belajar secara atas talian

Lecturer terus terkejut” – Netizen

Kawan sekelas terus check mikrofon

Pengalaman yang sama

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.