
“Kenapa Belum Kahwin”- Rico Rinaldi Buat Parodi, Tapi Soalan Ditanya Undang Dekah Netizen
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, viral di laman sosial mengenai video seorang remaja lelaki yang menasihati orang ramai untuk tidur awal.
Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dari warganet sehingga ramai yang berduet dengannya dan membuat parodi di TikTok.
Sama seperti video parodi yang dihasilkan oleh seorang pereka fesyen terkenal ini sehingga menarik perhatian ramai.

Parodi suruh tidur
Menerusi video yang dimuat naik oleh pereka fesyen yang bernama Rico Rinaldi, dia membuat parodi mengenai video seperti menyuruh orang tidur itu.

Dalam video tersebut, Rico membuat aksi yang sama tetapi berbeza pula soalannya apabila dia tidak bertanya tentang tidur.
Akan tetapi, dia bertanya mengapa masih ada yang belum berkahwin dan meminta agar pengikutnya memberinya dua sebab. Video itu ternyata membuatkan ramai terhibur dan boleh relate dengan pertanyaan tersebut.
“Bagi dua sebab kenapa kamu belum kahwin?”
@thericorinaldi Saya thembak kamieww 🔫 ##ricorinaldi
♬ original sound – Rico Rinaldi
Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 107.5K views, 9.7K likes dan 1.9K shares di TikTok.
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen ketawa dengan gelagat Rico dan orang ramai menjawab soalannya dengan menyatakan sebab masing-masing.
“Sebab tunggu Rico”

“Mana bantal mickey minney”
