fbpx
Now Reading
Jadikan Isu Bunuh Diri Sebagai Modal Promosi Insurans, AIA Ambil Serius & Sedang Siasat Individu Terlibat

Jadikan Isu Bunuh Diri Sebagai Modal Promosi Insurans, AIA Ambil Serius & Sedang Siasat Individu Terlibat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam kami ada melaporkan mengenai penularan satu tangkap layar seorang individu dipercayai ejen insuran enggunakan isu bunuh diri sebagai modal mempromosikan pelan hibah nsurans yang dijualnya.

Tindakan individu berkenaan yang diibaratkan seperti ‘menangguk di air yang keruh’ nyata mengundang rasa tidak selesa dan menaikkan kemarahan orang ramai.

Majoriti netizen termasuk ejen insurans lain dilihat mengecam keras strategi pemasarannya yang disifatkan tidak sensitif dengan isu bunuh diri yang makin meruncing didalam negara.

Baca artikel berkaitan : Gunakan Isu Bunuh Diri Untuk Promosi Produk, Tindakan Ejen lnsurans Ini Naikkan Kemarahan Netizen

“Isu bunuh diri bukannya suatu lawak jenaka”

Memandang serius isu tersebut, AIA Public Takaful Berhad mengecam sekeras-kerasnya kenyataan ejen berkenaan serta sentimen dan sikap yang ditunjukkannya dengan menjadikan isu bunuh diri sebagai lawak jenaka.

“Dalam tempoh yang mana ramai individu dan keluarga sedang menghadapi cabaran fizikal, mental dan kewangan akibat pandemik, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menunjukkan rasa empati, belas kasihan dan kesediaan untuk saling membantu.

“Sebagai sebuah organisasi yang matlamat utamanya adalah untuk membantu orang ramai menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna – kami memandang berat perihal tingkah laku dan etika warga kami” kata kenyataan yang dihantar kepada Buzzkini.

Masih siasat adakah individu terbabit benar ejen insurans mereka

Menerusi kenyataan sama, mereka turut menjelaskan suda mula menjalankan siasatan namun belum dapat memberi pengesahan bahawa sama ada individu tersebut adalah seorang ejen AIA.

” Pihak kami masih belum dapat mengesahkan sama ada individu berkenaan adalah seorang ejen AIA dan kini sedang menyiasat perkara ini dengan serius”

Bakal ambil tindakan serius jika si pelaku adalah ejen sah AIA

Namun sekiranya individu disahkan sebagai ejen mereka, AIA memaklumkan akan mengambil tindakan yang serius terhadap pelaku.

Mereka dalam masa sama turut meluahkan rasa kesal diatas apa yang berlaku.

“Kami amat menyesali segala ketidaksenangan yang timbul dikalangan rakyat Malaysia akibat tingkah laku tersebut. Tindakan serius akan diambil sekiranya individu berkenaan merupakan ejen AIA yang sah.”

Aia Public Takaful Bhd

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.