fbpx
Now Reading
Motosikal Tiba-Tiba Terbakar, Pemuda Selamatkan Beras Daripada Rentung Undang Sebak

Motosikal Tiba-Tiba Terbakar, Pemuda Selamatkan Beras Daripada Rentung Undang Sebak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan, ramai yang terkesan terutamanya dari segi kewangan kerana tidak dapat keluar untuk mencari rezeki.

Peraturan ini terpaksa dipatuhi dan diterima dengan hati yang terbuka untuk sama-sama membantu membendung penularan virus Covid-19 kepada orang ramai.

Di waktu sukar seperti ini, rata-rata rakyat terpaksa berjimat dan sekadar membeli barang keperluan seperti beras untuk menampung kehidupan seharian.

Situasi ini dapat dikaitkan dengan seorang pemuda yang bergegas menyelamatkan sekampit beras selepas motosikalnya tiba-tiba terbakar.

“Sedihnya dengan keadaan macam ni…”

Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna di TikTok @epi_kodok777, kejadian tersebut berlaku di hadapan sebuah kedai runcit.

@epi_kodok777

mula² api kecik.. jirus air jadi besar api dia.. ##sedihbanget

♬ bunyi asal – berry farhana

Pada mulanya lelaki itu cuba untuk menghidupkan enjin motornya, tetapi tanpa disedari tiba-tiba api marak di bahagian depan motosikalnya.

Api merebak ke bahagian enjin

Dia kemudian segera menjatuhkan motosikal kerana tidak dapat diselamatkan dimana api telah merebak dan menyambar enjin.

Namun apa yang mengundang sebak, dia cuba untuk menyelamatkan sekampit beras di bakul dan sekadar tersenyum walaupun terkedu melihat kejadian yang berlaku dengan cukup pantas itu.

Menjengah ke ruangan komen, warganet telah meluahkan rasa hiba dengan ujian yang terpaksa ditempuh pemuda itu.

Malah mereka turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan dan ada pihak yang tampil untuk menghulurkan bantuan.

“Senyum dalam kesedihan” – Netizen

Doa agar dimurahkan rezeki

“Kalau motor terbakar jangan guna air, guna pasir’ – Netizen

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.