fbpx
Now Reading
Gangguan Pada Perkhidmatan Tempahan JanjiTemu Untuk Urusan JPJ, Pos Malaysia Mohon Maaf

Gangguan Pada Perkhidmatan Tempahan JanjiTemu Untuk Urusan JPJ, Pos Malaysia Mohon Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

JPJ baru-baru ini telah mengumumkan tiada lagi lanjutan moratorium untuk pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) dan juga lesen memandu Malaysia (LMM) yang akan berakhir pada 30 September.

Sehubungan dari itu, orang ramai disarankan untuk memperbaharui lesen mereka sebelum 30 September bagi mengelakkan disaman memandangkan aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh badan penguat kuasa jabatan tersebut dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula dilaksanakan di lapangan mulai 1 Oktober ini.

Menurut JPJ terdapat beberapa kaedah untuk melakukan pembaharuan antaranya menerusi platform mySikap, myEg, kaunter JPJ dan juga Pejabat Pos bermula 9 Ogos. Namun bagi urusan kaunter di JPJ dan pejabat pos memerlukan orang ramai untuk membuat tempahan janjitemu secara online terlebih dahulu.

Ramai mengadu gagal akses

Namun sebaik dilancarkan hari ini, ramai meluahkan rasa kecewa mereka kerana gagal mengakses perkhidmatan tempahan janjitemu Pejabat Pos secara online bagi urusan JPJ.

Ada yang mendakwa sudah mencubanya berungkali dan ada juga yang mendakwa temujanji yang sudah dibuat terbatal dengan sendirinya.

Namun ada juga segelintir yang memaklumkan berjaya melakukanya selepas beberapa percubaan.

Foto : FB Buzzkini
Foto : FB Buzzkini
Foto : FB Buzzkini
Foto : FB Pos Malaysia

Foto : IG Buzzkini

Malah beberapa cubaan kami di sebelah petang juga tidak berhasil berbanding cubaan di sebelah pagi sewaktu menulis panduan untuk membuat tempahan.

Baca di sini : Ini Cara Mohon Janji Temu Secara Online Untuk Urusniaga JPJ di Pejabat Pos

Pos Malaysia mohon maaf diatas kesulitan

Pos Malaysia kemudiannya menerusi satu pengumuman memohon maaf kepada orang ramai ekoran dari kesulitan tersebut,

Menurut Pos Malaysia, kejadian tersebut berlaku disebabkan jumlah trafik tinggi yang melebihi jangkaan hingga menyebabkan masalah aksesibiliti di pihak mereka antaranya pada laman sesawang, aplikasi mudah alih dan sistem tempahan mereka .

Jumlah trafik tinggi dari jangkaan sebabkan masalah aksesibiliti

“Kami telah menerima jumlah permintaan yang lebih tinggi daripada jangkaan, menyebabkan masalah aksesibiliti terhadap laman sesawang, aplikasi mudah alih dan sistem tempahan kami.

“Kami sedang berusahan untuk menyelesaikan masalah ini pada kadar segera dan kami mengucapkan terima kasih atas kesabaran anda ” kata kenyataan itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.