fbpx
Now Reading
Perkenalkan Grandpa Kitchen Versi Malaysia, Youtuber ‘Tokwan Kami’ Yang Memasak & Kongsi Resepi Sambil Beramal

Perkenalkan Grandpa Kitchen Versi Malaysia, Youtuber ‘Tokwan Kami’ Yang Memasak & Kongsi Resepi Sambil Beramal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Youtube ‘Tokwan Kami’ Memasak & Kongsi Resepi Sambil Beramal, ‘Grandpa Kitchen’ Versi Malaysia Yang Semakin Diminati

Perkenalkan Grandpa Kitchen Versi Malaysia, Youtuber ‘Tokwan Kami’ Yang Memasak & Kongsi Rezeki Sambil Beramal

Pencinta makanan pasti cukup kenal dengan akaun Youtube popular dari Telangana, India, Grandpa Kitchen.

Meskipun pengasas asalnya iaitu Narayana Reddy sudahpun meninggal dunia pada penghujung 2019, legasi dan usahanya memasak dengan kuantiti banyak untuk orang yang memerlukan kini disambung oleh protege dan cucu-cucunya.

Mendiang Grandpa Kitchen

Namun tahukah anda di negara kita pun sebenarnya ada ‘grandpa kitchen’ kita yang tersendiri.

Perkenalkan Tokwan Kami!

Meskipun sudah berkecimpung dalam dunia Youtube sejak 2012, saluran Youtube Tokwan Kami dilihat mula aktif memuat naik video masakan dan resepi sejak penghujung tahun lalu.

Mempunyai sedikit persamaan seperti Grandpa Kitchen, Tokwan akan memasak dengan kuantiti yang banyak (dan kuali yang besar!) di halaman rumahnya.

Selain itu dengan motto ‘Kongsi Rezeki’, makanan-makanan yang dimasaknya ini akan disedekahkan kepada orang ramai terutamanya golongan yang memerlukan seperti anak yatim, asnaf dan lain-lain.

Satu yang pasti, jika dilihat dari jumlah keseluruhan tontonan yang sudah mencecah 1,2 juta tontonan kurang dari setahun kemunculan Tokwan di laman Youtube pasti akan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Malah kekerapan tok wan memasak dan sambutan juga dilihat semakin tinggi dimana saluran miliknya sudahpun berkongsi 37 video manakala langganan yang diraih sudah melebihi 39,400 orang.

Menu apa tu?

Menu dan resepi yang dikongsikan Tokwan sememangnya menarik antaranya gulai kawah kenduri, lemang rebus,ayam masak lemak, mi kari, kurma ayam, bihun sup dan banyak lagi.

Selain itu Tokwan turut memasak masakan barat popular antaranya Pizza Chicken, Spagetti Aglio Olio, Macaroni dengan burger, Cheezy Potato Wedges dan banyak lagi.

Nak tengok resepi menu? tonton beberapa video di bawah atau terus ke saluran Youtube Tokwan Kami di sini :

Sebelum pergi jauh, Tokwan turut memberi peluang kepada orang ramai yang ingin turut serta berkongsi rezeki dengan menghulurkan sumbangan menerusi akaunnya.

Gulai kawah kenduri

Mee kari special Tokwan

Bihun sup utara

Roti jala dengan kari

Nasi hujan panas

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.