fbpx
Now Reading
Lengkap Mic dan Kamera! Facebook Perkenal Ray-Ban Stories, Cermin Mata Pintar Pertamanya

Lengkap Mic dan Kamera! Facebook Perkenal Ray-Ban Stories, Cermin Mata Pintar Pertamanya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Facebook baru-baru ini telah memperkenalkan cermin mata pintar pertamanya, Ray- Ban Stories.

Dicipta hasil usahasama dengan jenama cermin mata popular, Ray-Ban, cermin mata pintar ini tampil dengan pelbagai fungsi namun akan terus mengekalkan rekaan bingkai klasik Ray-Ban iaitu Wayfarer sekaligus akan menarik minat orang ramai.

Dijana dengan pemroses Snapdragon, Ray-Ban Stories mampu merakam foto, video dan pastinya stories selama 30 saat.

Pengguna seterusnya boleh berkongsi terus rakaman tersebut ke pelbagai platform seperti Facebook, Instagram, Twitter, WhatsApp juga TikTok menerusi aplikasi ‘Facebook View’

Dilengkapi kamera 5 megapixel, 3 mikrofon dan butang untuk kawalan

Bagi menghasilkan rakaman yang baik, cermin mata pintar ini akan hadir dengan kamera 5-megapixel, butang untuk kawalan, selain dilengkapi 3 mikrofon untuk kualiti suara yang tinggi.

Malah ia juga turut dilengkapi speaker bagi memudahkan penggunanya mendengar lagu.

Mungkin sebagai isu privasi, Facebook telah meletakkan lampu LED pada cermin mata tersebut dimana ia akan menyala sekiranya alat tersebut sedang mengambil gambar atau video.

Video

Bunyi macam menarik bukan?

Ray-Ban Stories akan dijual pada harga $299, namun setakat ini ia hanya akan ditawarkan di beberapa buah negara antaranya Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Ireland, Itali dan United Kingdom.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.