fbpx
Now Reading
Umpama Roket! Gol Free Kick Pemain Sabah FC, Park Tae Su Dapat Pujian FIFA [Video]

Umpama Roket! Gol Free Kick Pemain Sabah FC, Park Tae Su Dapat Pujian FIFA [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama Liga Malaysia (Liga M) dan pasukan Sabah FC menjadi perhatian dunia selepas gol free kick yang hasilkan pemain pertahanan tengahnya, Park Tae Su mencuri perhatian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

FIFA menerusi akaun Twitter rasminya, memuji dan begitu kagum dengan gol sepakan jarak jauh yang dihasilkan pemain berasal daripada Korea Selatan itu ketika menentang PJ City bagi saingan Piala Malaysia .

“Tunduk hormat kepada Park Tae Su! Ia umpama roket dari jarak 40 ela yang terkena palang sebelum memasuki jaring.

Gol yang akan menjadi sejarah Sabah FC” ciapnya.

Mereka dalam masa sama turut berkongi video jaringan menakjubkan berkenaan yang diambil dari akaun Twitter Malaysian Football League (MFL)

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian peminat bola sepak baik didalam negara mahupun di luar negara.

Ramai yang memuji jaringan berkenaan dan ada juga turut menyifatkan jaringan ianya layak untuk bersaing dan seterusnya memenangi Anugerah Puskas FIFA.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.