fbpx
Now Reading
“Saya Segan” – Alif Satar Tidak Selesa Kena Puji Dengan Fadzilah Kamsah

“Saya Segan” – Alif Satar Tidak Selesa Kena Puji Dengan Fadzilah Kamsah

Bagi Alif, dia merasakan dirinya banyak kekurangan dan bukanlah seorang yang sempurna untuk menerima pujian sedemikian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu rumah tangga influencer Alif Teega dan isteri Aisyah Hijanah masih lagi menjadi topik hangat yang dibahaskan di media sosial.

Rata-rata netizen terkejut dengan pengumuman yang menyatakan Alif telah berkahwin dua di saat isteri pertamanya itu sedang hamil lima bulan.

Namun, dek kerana mempunyai nama yang seakan-akan sama, penyanyi dan pelakon popular Alif Satar turut menerima tempias berhubung isu ini.

Antara yang menjadi perhatian adalah apabila pakar motivasi terkenal Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah memuji keperibadian penyanyi lelaki berkenaan.

Segan Dengan Pujian Yang Diterima, Tidak Anggap Diri Sempurna

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini, Alif menjelaskan bahawa dia sebenarnya kurang selesa dengan pujian berkenaan.

Bagi Alif, dia merasakan dirinya banyak kekurangan dan bukanlah seorang yang sempurna untuk menerima pujian sedemikian.

Malah, tiada sedikit pun rasa bangga dalam dirinya dengan pujian yang diterima terutama apabila ia timbul akibat daripada isu sensasi yang membabitkan pengaruh media sosial.

“Saya segan sebab pujian itu mungkin datang daripada berita negatif orang lain. Ia mungkin kedengaran kelakar dalam media sosial, tapi kehidupan orang lain yang terjejas dan banyak hati terguris mengenainya.

“Netizen pun komen pedas dan kelakar. Tapi, saya tak suka komen sebab tak tahu apa nasib masa depan dan pengakhiran hidup saya pun tak tahu bagaimana.

“Jadi, Dr Fadzilah komen itu Alhamdulillah, tapi segala pujian itu semuanya bagi Allah. Saya sedikit pun tak rasa bangga dengan pujian. Orang boleh cakap apa-apa sama ada negatif atau positif.

“Saya tak berkenan jika pujian itu datang daripada berita tak baik orang lain. Saya pun terkejut apabila dapat mesej atau komen bertanya bila saya bernikah lain,” kata Alif.

Tidak Seronok Dengan Pujian Yang Diterima

Pada masa yang sama, bapa kepada tiga orang anak itu turut meluahkan rasa tidak seronok dengan pujian berkenaan berikutan ia mula timbul daripada berita negatif yang boleh memberi kesan kepada individu terlibat.

“Berat sebenarnya pujian itu, mana ada orang sempurna. Ini pun nasib baik Allah tutup aib saya. Kalau aib saya dibuka macam mana?

“Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa kepada saya. Jadi, saya tak berani hendak kata apa-apa. Bila perkara ini terjadi, ia sebagai muhasabah kepada diri sendiri,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Alif mengaku dia tidak terkesan dengan usikan nakal netizen yang mengaitkan dirinya kerana memiliki nama yang sama.

Terdahulu, nama Alif Satar turut menjadi bualan di media sosial apabila pakar motivasi terkenal itu memuat naik ciapan yang memuji penyanyi berkenaan memiliki keperibadian yang baik.

Ciapan tersebut turut menarik perhatian warganet kerana secara kebetulan isu pempengaruh Alif Teega berkahwin dua turut hangat dibincangkan.

Namun, nama ‘Alif’ tidak hanya membabitkan Alif Satar, tetapi turut melibatkan beberapa lagi produk yang kebetulan menggunakan nama sama seperti minyak masak.

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Yang Berlaku Curang, Susah Nak Mengaku Salah” – Fadzilah Kamsah

Baca Artikel Berkaitan: Adik Aisyah Hijanah Dakwa Alif Teega Kasari Isteri, Sudah Setahun Ada Hubungan Terlarang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.