“Taknak Singkat” – Usahawan Luah Rasa Kagum, Dedah Izara Hanya Pilih Gaya Tudung Labuh
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sekitar pertengahan Ogos lalu, nama aktres Izara Aishah menjadi perhatian ramai ekoran dari penghijrahannya yang mula tampil sopan dan bertudung labuh.
Malah dia turut dilihat memadam kesemua gambar lama yang tidak bertudung sehingga mendapat reaksi yang positif dari peminat dan netizen.
Terbaharu, usahawan tudung dan kosmetik, Anas Zahrin menerusi TikTok telah berkongsi satu video memperlihatkan Izara menjadi model untuk produk tudung keluarannya.
Yang menariknya Anas mendedahkan Izara atau nama penuhnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin sewaktu sesi fotografi tersebut telah memintanya untuk menyediakan tudung labuh yang menutupi dada berbanding gaya singkat yang boleh menampakkan bahagian seperti leher.
Siap stoking tangan
Malah menurutnya Izara juga kini dilihat begitu menjaga aurat apabila tampil siap dengan stokin tangan.
“Izara cakap ‘abang, Izara nak style labuh tau. Tak nak singkat’. Ya Allah korang, siap stokin tangan,” dedahnya di ruangan kapsyen.
@anaszahrin Siapa suka pakai style labuh gini? Izara siap pesan “abg anas, Izara nak pakai style labuh tau, taknak singkat” ya Allah korang….🥺 @ashhannas
♬ original sound – ANAS®
@anaszahrin Izara cakap “abg, Izara nak style labuh tau. Taknak singkat” ya Allah korang….stokin tangan siap 🥺 @ashhannas
♬ original sound – ANAS®
@anaszahrin Tajam betul hidung Izara boleh sangkut baju! 😅 yang penting style tudung wajib labuh dia cakap dan berstokin tangan….manisnya 💕 @ashhannas
♬ Remix Tonight – PALDI
Perkongsian usahawan tersebut nyata mendapat respon positif dari netizen yang jelas gembira dengan perubahan Izara.