fbpx
Now Reading
Kini Dikenali Sebagai AwAS, AES Kembali Aktif, Sudah Keluarkan RM 3.5 Juta Saman Sejak Januari 2021

Kini Dikenali Sebagai AwAS, AES Kembali Aktif, Sudah Keluarkan RM 3.5 Juta Saman Sejak Januari 2021

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peringatan buat semua pengguna jalan raya. Jika anda memandu melebihi had laju di dibenarkan di lebuh raya, jangan sangka anda akan terselamat dari disaman jika tiada kelibat anggota polis.

Ini kerana kamera  (Sistem Penguatkuasaan Automatik) AES yang kini dikenali seabgai kamera perangkap had laju iaitu Sistem Ke­selamatan Kesedaran Automatik (AwAS) sebenarnya masih aktif.

Malah AES sebenarnya tidak pernah diberhentikan sebaliknya pelaksanaannya telah ditangguhkan sejak tahun 2020.

Namun bermula Januari 2021, sistem kamera ini kembali diaktifkan dan setakat 26 Oktober lalu,  sejumlah RM3,478,200 nilai saman telah dikeluarkan melibatkan pemandu yang melanggar peraturan had laju di lebuh raya-lebuh raya utama di seluruh negara dan juga pemandu yang melakukan kesalahan di persimpangan lampu isyarat.

JPJ ambil alih pada 1 September 2018

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Sion, aktiviti penguatkuasaan menerusi sistem AwAS masih berjalan seperti sedia ada berpandukan kepada kaedah dan garis panduan operasi standard yang ditetapkan JPJ sebagai usaha menjaga tahap keselamatan dan kebajikan semua pengguna jalan raya.

Ianya selepas Kementerian Pengangkutan menerusi JPJ mengambilalih semua aspek pengoperasian, penyelenggaraan, pembangunan dan penguatkuasaan AwAS sejak 1 September 2018

“Aktiviti penguatkuasaan melalui sistem AwAS masih berjalan seperti sedia ada berpandukan kepada kaedah dan garis panduan operasi standard yang ditetapkan JPJ.

“AES dijenamakan dan dikenali sebagai AwAS sejak 2016 bagi mewakili objektif utama pelaksanaan sistem ini iaitu mengubah minda serta memberi pengajaran dan ke­sedaran kepada orang ramai untuk mematuhi peraturan jalan demi menjaga tahap keselamatan dan kebajikan semua pengguna jalan raya,” katanya dipetik dari Utusan.

Foto : The Star

RM10 juta dikutip hasil bayaran kompaun AwAS sejak 2018

Jelas beliau, sejak 2018 hingga Oktober 2021, sejumlah RM10,967,370 hasil kutipan bayaran kompaun atau denda diperoleh bagi penguatkuasaan saman menerusi AwAS.

Kutipan tersebut hasil dari 335,989 jumlah saman yang dikeluarkan dimana 321,562 darinya melibatkan memandu melebihi had laju manakala 14,427 saman membabitkan kesalahan lampu isyarat.

“Sebanyak RM3,880,200 hasil kutipan kompaun dipe­roleh pada tahun 2018, diikuti RM3,608,970 (2019) dan RM3,478,200 (2021).

“Jumlah kutipan yang di­terima bagi kesalahan had laju ialah berjumlah RM10,035,420; manakala sebanyak RM931,950 pula melibatkan kesalahan lampu isyarat,” katanya.

Sebagai rekod setakat ini terdapat 29 kamera AwAS yang berope­rasi di kebanyakan le­buh raya utama di negara ini, manakala 16 lagi di beberapa persimpangan lampu isyarat terpilih.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.