fbpx
Now Reading
AS Wajibkan Alat Pengesanan Pemandu Mabuk Pada Kereta Baru

AS Wajibkan Alat Pengesanan Pemandu Mabuk Pada Kereta Baru

Alatan ini akan mengesan cara pemanduan untuk mengetahui sama ada seseorang pemandu itu mabuk atau sebaliknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kes kematian dan kemalangan akibat kecuaian pemandu lain yang memandu di bawah pengaruh alkohol bukan setakat berlaku di Malaysia. Malah ia merupakan isu besar di seluruh dunia.

Pelbagai usaha yang telah disatukan kerajaan di dunia dalam menangani isu ini yang dilihat semakin membimbangkan.

Terbaharu, kerajaan Amerika Syarikat(AS) menerusi Kongres telah meluluskan  bil infrastruktur bernilai $1 trilion yang turut merangkumi peraturan jalan raya.

Menerusi peraturan ini, pengeluar kenderaan kini diwajibkan memasang alat pengesanan dan pemantauan pemandu mabuk bagi semua kenderaan baru bermula tahun 2026.

Menurut laporan Business Insider yang memetik AP, peralatan tersebut berfungsi secara pasif dalam mengesan cara pemanduan untuk mengetahui sama ada seseorang pemandu itu berada dalam keadaan normal atau di bawah pengaruh alkohol atau sebaliknya.

Foto : Unsplash/ Gareth Harrison

Sekiranya didapati mabuk, alatan tersebut akan secara automatik akan mengehad atau menghentikan operasi kenderaan berkenaan.

Jabatan Pengangkutan AS bagaimanapun akan menetapkan teknologi yang bersesuaian untuk dipasang dalam kenderaan,  sebelum memberikan masa kepada pengeluar untuk mematuhi arahan yang ditetapkan.

Namun mereka menjangkakan ianya akan mula hadir pada kenderaan baharu seawal tahun 2026.

28 kematian setiap hari sebab pemandu mabuk

Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) AS menerusi laman mereka melaporkan terdapat 28 kematian setiap hari disebabkan pemandu mabuk.

Meskipun terdapat penurunan kes pada tahun 2019, angkanya masih terlalu tinggi di mana mereka merekodkan 10,142 kematian disebabkan pemandu mabuk pada tahun itu sahaja.

Foto : NHTSA

Bukan itu sahaja, satu pertiga dari keseluruhan jumlah kemalangan di sana juga disebabkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.