fbpx
Now Reading
Selamba Berjoli Siap Beli Katil RM4,000 Guna Kad Bank Pesakit Yang Tenat, Jururawat Di UK Dipenjara 14 Bulan

Selamba Berjoli Siap Beli Katil RM4,000 Guna Kad Bank Pesakit Yang Tenat, Jururawat Di UK Dipenjara 14 Bulan

Dia turut menggunakan kad bank tersebut untuk membayar pinjamannya bernilai RM5,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Suatu masa dahulu, pekerjaan sebagai jururawat mungkin dianggap satu kerjaya biasa sama seperti yang lain.

Namun sejak penularan Covid-19 di seluruh dunia, ramai mula mengiktiraf peranan mereka yang dianggap begitu penting malah ramai yang diangkat sebagai hero kerana sanggup berkorban dan berhempas pulas demi kesembuhan pesakit.

Keadaan bagaimanapun dilihat sedikit berbeza buat seorang jururawat di United Kingdom yang tanpa segan berjoli menggunakan kad bank seorang pesakitnya yang pada waktu itu sedang tenat dan hampir meninggal dunia.

Leanne Wallace, 40 dari Hartlepool difahamkan mengambil kad berkenaan dari dompet milik Leslie Rushworth, 84 yang kini sudah pun meninggal dunia dan menggunakannya untuk pelbagai perkara antaranya membeli katil mewah berharga £699 (RM4,000), dekorasi wallpaper berharga £74 (RM417) selain berbelanja secara online di Amazon.

Bukan itu sahaja dia turut menggunakan wang di dalam kad tersebut untuk membayar pinjamannya bernilai £900 (RM5,075) , lapor Mirror UK.

Aktiviti yang dilakukan pada Julai tahun lalu itu bagaimanapun berjaya dikesan keluarga Rushworth selepas anak lelakinya terlihat sejumlah notifikasi berbentuk mesej dari bank yang telah dihantar ke telefon bapanya.

Mulanya menyangkakan ia hanyalah satu mesej spam, mereka kemudian nekad menyiasat perkara tersebut selepas satu lagi mesej sama dihantar.

Rushworth yang semakin tenat kemudiannya dipindahkan ke sebuah rumah hospis di Hartlepool sebelum akhirnya meninggal dunia.

Segalanya terbongkar selepas menyedari katil berkenaan ditempah oleh jururawat yang bertanggungjawab menguruskan bapanya di University Hospital of North Tees, Stockton.

Difahamkan, Rushworth yang semakin tenat kemudiannya dipindahkan ke sebuah rumah hospis di Hartlepool sebelum akhirnya meninggal dunia.

Tindakan tidak bermoral jururawat itu akhirnya memakan diri apabila dia bukan sahaja kehilangan kerja sebagai jururawat malah dia akhirnya dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah di Britain semalam.

Hakim Howard Crowson sewaktu menjatuhkan hukuman menyifatkan Wallace telah menjatuhkan reputasi seorang jururawat di negara itu. Malah dia menyifatkan wanita itu sebagai penting diri dan telah merosakkan momen terakhir keluarga itu sebelum kematian Rushworth.

“Mereka yang sepatutnya menumpukan perhatian kepadanya pada waktu itu bagaimanapun terpaksa menyelesaikan kes penipuan ini pula. Saya sukar untuk faham apa yang membuatkan kamu begitu terdesak hingga melakukan semua ini”

“Orang yang terdesak sama sekali tidak akan menghabiskan wang sebanyak £700 hanya untuk sebuah katil. Itu lebih kepada rasa tamak. Kamu telah merosakkan reputasi pekerja jagaan di negara ini”

Hakim Howard Crowson

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.